Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini pernah meluahkan hasrat mendalamnya untuk mengunjungi Sekolah Afwa Al-Afiyah di Gaza yang dibuka bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi Yayasan Nurjiwa.
Harapan Bertemu Warga Sekolah Tertangguh
Walaupun sebelum ini Israel telah mengumumkan gencatan senjata, Siti menjelaskan bahawa mereka masih perlu menunggu keadaan benar-benar terkawal atas nasihat suami.
Buat masa ini, beliau hanya mampu berhubung dari jauh dengan wakil yang menguruskan sekolah tersebut, iaitu Dr Mohanad yang memantau lebih 100 pelajar dan lapan guru.
Sekolah Musnah, Tapi Semangat Tidak Padam
via Instagram Siti NurhalizaDalam satu hantaran terbaru di Instagram, Siti memaklumkan berita menyedihkan bahawa Sekolah Afwa & Aafiyah telah musnah dibedil tentera Israel.
Menerusi luahan penuh emosi, beliau menulis bahaw sekolah Afwa Al Aafiyah telah musnah dibedil.
Hasbunallah wanikmal wakil… akhirnya Israhell membedil bangunan sekolah Afwa Al Aafiyah.
Tak mengapa, kita pasti bangkit semula!!
Siti turut menyatakan bahawa Dr Mohanad dan keluarganya telah berpindah ke kawasan selatan Gaza dan Yayasan Nurjiwa akan terus membantu mereka dari sana.
Beliau memohon doa orang ramai agar semua sukarelawan dan keluarga besar mereka di Gaza dilindungi dari sebarang bahaya.
Sokongan Padu Dari Rakyat Malaysia
via Instagram Siti NurhalizaPerkongsian Siti di Instagram menerima ribuan reaksi dan komen daripada pengikut serta peminat yang menyatakan rasa dukacita dan solidariti terhadap apa yang berlaku.
Ramai memuji kecekalan Siti dan usaha berterusan beliau dalam membantu rakyat Gaza melalui Yayasan Nurjiwa.
Walaupun dihimpit dugaan, Siti tetap optimis dan perjuangan Siti dan suaminya bukan sekadar simbolik, tetapi mencerminkan keprihatinan sejati terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.
Mesejnya jelas — bangunan boleh musnah, tetapi semangat dan harapan untuk masa depan yang lebih baik akan terus hidup.

2 months ago
72


















![[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Screenshot-2025-12-02-154735-e1764669790747.png)













![[VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-16.jpg)






![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
![[VIDEO] Cantiknya Busana Nikah Isteri Raja Ahmad Nazim, Perekanya Bukan Calang-calang](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Screenshot-2025-08-15-at-6.06.50-PM-1-e1755253971566.jpg)

![[VIDEO] Uyaina Arshad Umum Hamil Anak Ketiga-“Ini Yang Terakhir..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/The-only-girl-in-yellow-last-night-at-RR-by-Rizman-Ruzaini-KLFW-✨Congrats-to-my-brothers-@rizman-e1754542932874.jpg)
![[VIDEO] Reaksi Tengku Malia Cuba 13 Jenis Air Mineral-“Queen Elizabeth Minum Ni”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-9.jpg)


![[VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/bd130251-5c76-48b6-8a68-81e6fe8b0753.jpg)


