Marriott Bonvoy Dipilih Sebagai Rakan Hotel Rasmi FIFA World Cup 2026

2 hours ago 2

Marriott Bonvoy, rangkaian yang menaungi lebih 30 jenama hotel terkemuka dunia, kini mengesahkan kerjasama rasmi bersama FIFA World Cup 2026 sebagai Official Hotel Supporter di Amerika Utara. Ia menandakan langkah besar menjelang kejohanan bola sepak paling berprestij itu yang kembali ke rantau tersebut selepas 32 tahun.

Menyambut Peminat Di Tiga Negara Tuan Rumah

Sebagai rakan hotel rasmi, Marriott Bonvoy akan menyediakan pengalaman penginapan yang selesa dan mesra peminat sepanjang berlangsungnya Piala Dunia di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat. Dengan puluhan hotel di setiap bandar tuan rumah, peminat dijamin mendapat akses mudah, penginapan berkualiti dan suasana penuh semangat bola sepak.

Sepanjang kejohanan, Marriott Bonvoy akan menawarkan:

  • Penginapan dengan elemen interaktif bertema bola sepak
  • Akses eksklusif melalui Marriott Bonvoy Moments
  • Pakej khas, aktiviti peminat dan kejutan istimewa
  • Program dan penawaran eksklusif yang akan diumumkan dari semasa ke semasa

Tujuannya jelas,  memastikan setiap peminat yang hadir merasai kemeriahan Piala Dunia bukan sahaja di stadium, tetapi juga sepanjang perjalanan mereka.

“Bola sepak dan travel mencipta memori bersama”

Peggy Roe, Chief Customer Officer Marriott International, menyatakan bahawa bola sepak merupakan bahasa universal yang menghubungkan masyarakat di seluruh dunia. Katanya, Marriott Bonvoy mahu menjadi sebahagian daripada pengalaman tersebut dengan menyediakan ruang penginapan yang bukan sahaja selesa, tetapi meninggalkan memori berpanjangan buat ahli dan pengunjung.

FIFA Alu-alukan Kerjasama

Setiausaha Agung FIFA, Mattias Grafström, turut menyambut baik penyertaan Marriott Bonvoy kerana rangkaian hotelnya yang luas di tiga negara tuan rumah mampu menampung jutaan peminat yang akan hadir.

Dengan lebih 6 juta penyokong dijangka memenuhi stadium dan 6 bilion penonton global, FIFA World Cup 2026 bakal menjadi antara edisi paling besar dan paling bersejarah termasuk dari segi jumlah pasukan (48), perlawanan (104), dan 16 bandar tuan rumah.

Rangkaian Global 143 Negara

Marriott Bonvoy kini beroperasi di lebih 143 negara dengan barisan hotel mewah, premium dan pilihan servis terpilih. Selain itu, program loyalty, kad kredit serta pelbagai kerjasama menjadikan Marriott antara jenama paling berpengaruh dalam industri hospitaliti.

Kerjasama Dengan Visa

Menariknya, Marriott Bonvoy juga akan bekerjasama dengan Visa, rakan FIFA sejak sekian lama, bagi menghasilkan pengalaman global yang lebih eksklusif untuk peminat dan pelancong sepanjang kejohanan.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |