Misteri Kisah Percintaan P. Ramlee & Norizan, Tak Sangka Ada Hasrat Yang Tak Kesampaian

1 day ago 9

Hai geng Social Buzz! Kali ini MURAI nak kongsi satu kisah lama yang sedang hangat diperkatakan di Facebook, hasil perkongsian Repair Gambar Lama dan dipetik daripada Berita Minggu 1988, Di Sebalik Tirai Layar II. Percaya tak, suatu ketika dulu pernah wujud rancangan untuk menghasilkan filem yang menceritakan percintaan P. Ramlee dan Norizan?

Kisah ini bermula sekitar tahun 1988, apabila Norizan, bekas isteri P. Ramlee, mengambil langkah berani untuk mengusahakan sendiri filem tersebut. Judul sementara ketika penulisan skrip ialah “Percintaan Norizan – P. Ramlee”, dengan Norizan sendiri menulis skrip dan Jins Shamsuddin dilantik sebagai pengarah.

Menurut laporan ketika itu, tujuan Norizan bukan sekadar menceritakan kisah cinta mereka, tetapi juga ingin memaparkan perjalanan hidup P. Ramlee dari awal karier lakonan dan nyanyian hingga ke penghujung hayatnya. “Ini termasuk kisah perkahwinannya dengan Junaidah dan Saloma,” jelas beliau.

Dorongan untuk menerbitkan filem ini semakin kuat apabila Norizan merasa terkilan kerana tidak berpeluang menonton filem biografi P. Ramlee arahan Yusaini Amir, yang walaupun siap sepenuhnya, tidak ditayangkan kepada umum. Norizan berkata,

“Berikutan itulah, lebih baik Kak Nor mengusahakannya sendiri, walaupun sedar risikonya besar.”

Namun, seperti drama dalam dunia seni, filem ini tidak pernah disempurnakan. Sebabnya kekal misteri hingga ke hari ini. Norizan meninggal dunia pada 15 Mei 1992, meninggalkan satu kisah yang hanya hidup dalam ingatan kisah cinta dan impian yang tidak sempat dinikmati oleh khalayak ramai.

VIA FACEBOOK Repair Gambar Lama

Kalau ikut MURAI, kisah ini memang menyentuh hati. Ada cerita yang terlalu dekat dengan jiwa, tapi tak semua sempat sampai ke layar perak. Dan itulah sebabnya, topik ini kembali menjadi Social Buzz di Facebook, ramai yang terkejut, tersentuh, dan tertanya-tanya, “Bagaimana agaknya kalau filem ini pernah diterbitkan?”

Antara komen netizen yang menarik perhatian MURAI:

“Harap Legasi Podcast dapat interbiu anak Norizan, Jefri Borhan sementara Jefri masih sihat. Banyak maklumat berkenaan Norizan ada bersamanya. Nak tahu di mana keberadaan anak-anak Norizan yang lain juga beliau ada maklumatnya. Beri dia peluang menceritakan kisah ibunya yang kadang-kadang disalah tafsir oleh banyak pihak. Jefri sekarang menetap di Kuang, Selangor.”

Memang menarik, kan? Nampak gaya, cerita Norizan masih meninggalkan kesan yang mendalam, dan ramai yang ingin melihat kisah sebenar beliau dipaparkan bukan sekadar di dalam nostalgia, tetapi melalui pandangan keluarganya sendiri.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |