Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah pulang daripada membuat persembahan di RedQ AirAsia, Sepang, tadi.
Pengurus kepada Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak menerusi hantaran di Instagram Story tampil menceritakan bahawa kemalangan yang berlaku petang tadi melibatkan kenderaan yang dinaiki oleh Siti serta 3 kenderaan yang lain berada pada jarak yang dekat di lebuhraya MEX (km14.2).
“Salam semua. Ramai yang menghubungi bertanyakan tentang Siti Nurhaliza. Kami 2 kereta baru selesai mengadakan persembahan di RedQ Air Asia Sepang dan sewaktu melalui lebuhraya MEX (KM14.2), berlaku kemalangan.
4 kereta terlibat termasuk kereta yang dinaiki Siti Nurhaliza, dan kereta yang dinaiki saya serta Siti Fairuz berada berjarak beberapa kereta di belakang.”-kongsi Rozi di Instagram

Mengalami Lebam/ Bengkak Pada Kaki
Tambah Rozi, mereka membawa keluar Siti Nurhaliza daripada kenderaan terlibat dengan kemalangan dan terus dibawa ke hospital. Malah, Siti juga mengalami lebam atau bengkak pada bahagian kaki.
“Kami membawa Siti Nurhaliza keluar daripada kereta yang kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami.
Siti Nurhaliza telah dibawa ke hospital, mengalami lebam/ bengkak bahagian kaki.
Alhamdulillah, segalanya selamat dan terima kasih di atas doa semua.”-jelas Rozi lagi.
Sama-sama kita doakan agar Biduanita Negara ini berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan diberikan kesembuhan dengan cepat.

3 weeks ago
43
















![[VIDEO] Dr Say Shazril Terharu Lihat Anaknya Mahu Bantu Peminta Sedekah-“Terkejut Bila Dia Minta Duit..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/b50f7fc6-ff20-49d2-850b-f69a5fa40017.webp)
















![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)







![[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4dd9619a-ce63-4f27-bdd8-9e0339205594.webp)





![[VIDEO] Ustaz Kazim Elias Bagi Nasihat Pasal Zuriat Untuk Erra Fazira, Reaksi Suami Buat Ramai Terhibur](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/Screenshot-2026-02-05-at-2.36.44-PM.webp)

