Pelakon, Datuk Ziela Jalil mempersoalkan tindakan pihak terlibat yang bersikap hati busuk terhadap pasangan yang baru mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026 iaitu Bella Astillah dan Syed Saddiq di media sosial, baru-baru ini.
Ziela Jalil atau Dato’ Norzilah Abdul Jalil menerusi Thread turut menyifatkan mereka tidak bahagia akan terserlah kelakuan yang busuk, selain turut menitipkan doa buat Bella dan Syed Saddiq agar terus dipermudahkan segala urusan kelak.
“Tak faham kenapa tak boleh bersihkan hati, orang yang tak bahagia akan terserlah kelakuannya yang busuk itu.
Saya cuma nak mendoakan kebahagiaan Bella Astillah & Syed Saddiq. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka, Aamin Ya Rabb 🤲🏻♥️.”-tulis Ziela Jalil di Thread

Netizen Setuju!
Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Ziela, malah ramai yang berharap agar pasangan BASS ini agar terus diberikan kebahagiaan selain dijauhkan daripada manusia yang mempunyai niat yang tidak baik terhadap mereka.
“Betul kak, saya ada dengar dari kawan-kawan. Kita ni kalau niat tak betul bila ke Tanah Suci, kita balik mesti kita akan jadi lebih teruk. Risau ya. Sama ada kita jadi lebih baik atau lebih teruk.”
“Syaitan memang tak suka umat dia mendirikan rumah tangga..Ganggu selagi boleh .Ujian untuk pasangan bertunang Bella & Saddiq..Semoga kuat & panjang jodoh.”
“Patut depa kena ada rasa malulah bila senior tegur macam ni.. kalau ada saraf malu lagi lah.”
“Setuju 💯. Moga Allah permudahkan urusan Syed Saddiq dan Bella. Enough la buli Bella macam ni. Yang ganggu and muncul tiba² ni nampak sangat dengkinya tu, kalau dah tahu pernah mengaku salah di makhamah, accept je la situasi tu dan move on. Duduk diam², muhasabah dan perbaiki diri orang pun akan lupa dan lama² accept semula tapi bila buat macam ni hurmmmm memang rasanya tenggelam terus kot. Hampir 1 Malaysia fedup tengok kelakuan diorang ni yang tiba² buat onar ni.”
Sekadar info, Bella dan Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 sebelum membuat keputusan untuk bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024, selepas Aliff ditangkap berkhalwat bersama pelakon, Ruhainies pada 9 Mac 2024.
Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

4 hours ago
13

















![[VIDEO] Reaksi Wanita Kurang Selesa, Netizen Tuduh Jackie Chan Lakukan Gangguan Seksual](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-13-2.webp)


























![[VIDEO] Gelagat Anak Kedua Anzalna Buat Ramai Berdekah- “Tengah Bina Snowman Tiba-Tiba Nak Susu”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/4-3.webp)




