Kalau anda perasan, ramai rakyat Malaysia sekarang makin gemar beli barang dapur secara borong bila ada promosi. Dalam masa sama, pengguna juga semakin memilih peralatan rumah yang bukan saja jimat elektrik, tetapi tahan lama dan berbaloi untuk jangka panjang.
Menyedari trend itu, PRISM+ kini memperluaskan rangkaian perkakas rumah mereka menerusi siri peti sejuk PureFresh dan peti beku FreezeMaster, dengan harga bermula serendah RM599.
Simpan Makanan Lebih Bersih & Segar
Antara yang mencuri perhatian ialah PureFresh FDR 520, peti sejuk empat pintu berkapasiti 520 liter yang dilengkapi teknologi Negative Ion Generator dengan perlindungan anti-bakteria sehingga 99.99%. Menariknya, ia diuji di makmal terhadap bakteria seperti E. coli dan Staphylococcus aureus yang sering dikaitkan dengan keracunan makanan.
Selain itu, sistem Multi Zone Cooling, fungsi Quick Cool dan Quick Freeze, bersama teknologi No Frost serta Inverter Compressor membantu memastikan makanan kekal segar sambil menjimatkan penggunaan tenaga. Harga promosi bermula RM1,979 dengan jaminan kompresor sehingga 12 tahun.
Bagi kediaman lebih kompak, PureFresh TMF 170 pula menawarkan kapasiti 170 liter dalam saiz yang menjimatkan ruang. Walaupun kecil, ia hadir dengan penarafan tenaga 4 bintang, operasi senyap dan harga pra-tempahan hanya RM599.
Freezer Untuk Keluarga & Peniaga
PRISM+ turut memperkenalkan siri FreezeMaster 260 dan FreezeMaster 390, sesuai untuk keluarga besar mahupun peniaga kecil yang perlukan ruang simpanan tambahan. Antara ciri menarik termasuk perlindungan makanan sehingga 100 jam ketika bekalan elektrik terputus, penarafan tenaga 4 bintang serta waranti kompresor selama 12 tahun.
Bagi MURAI, bila harga semakin mencabar, memiliki peti sejuk atau freezer yang tahan lama dan jimat elektrik memang satu pelaburan bijak. Kalau memang tengah plan nak upgrade dapur, siri baharu PRISM+ ini memang antara pilihan yang berbaloi untuk dipertimbangkan.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
2
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

20 hours ago
9
















![[VIDEO] Botol Kicap Jatuh Pecah, Tapi Penemuan 2 Objek Asing Ini Buat Netizen Loya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/picture-9-6.webp)



































