Apa yang membuatkan kita rasa benar-benar dekat dengan Malaysia?
Mungkin jawapannya ada pada makanan, bahasa, muzik, adat dan pakaian yang menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sejak kecil.
Sempena Hari Malaysia 2026, semangat itu kembali diraikan menerusi Keretapi Sarong 2026 (KS26) yang berlangsung pada 16 September, dengan penyertaan jenama tempatan, SITI KHADIJAH.
Hari Malaysia, Warisan Kita Bersama
Bagi SITI KHADIJAH, sambutan Hari Malaysia bukan sekadar tentang meraikan satu tarikh dalam kalendar. Ia juga peluang untuk mengingatkan kita bahawa kepelbagaian budaya adalah antara perkara yang menjadikan Malaysia unik.
Tahun ini merupakan penyertaan kedua SITI KHADIJAH dalam Keretapi Sarong selepas pertama kali menyertainya pada 2024.
Menerusi tema “Bersarong Gaya Kita”, jenama itu kembali mengangkat kain sarung sebagai sebahagian daripada identiti masyarakat Malaysia dengan persalinan kain sarung Suri dan Pelikat daripada koleksi mereka.
Gaya yang ditampilkan pula cukup klasik dan minimalis. Tidak terlalu complicated, tetapi masih ada sentuhan warisan yang membuatkan kita teringat pada budaya sendiri.
Dari MRT Kajang Ke TRX
Kemeriahan bermula seawal 7.30 pagi di Stesen MRT Kajang menerusi pelbagai aktiviti kebudayaan.
Dengan kerjasama Locco dan Sarong Squad, peserta turut disajikan persembahan tarian tradisional Antava Project, persembahan anak-anak SK Kajang serta silat daripada komuniti BinMansor.
Di lokasi kemuncak acara di TRX pula, ruang pameran SITI KHADIJAH mengetengahkan permainan tradisional untuk dinikmati pengunjung, selain hadiah dan barangan eksklusif sebagai tanda penghargaan.
Bila Warisan Jadi Gaya Kita
Buat SITI KHADIJAH, semangat “Bersarong Gaya Kita” adalah tentang memastikan warisan tidak sekadar tinggal dalam kenangan.
Sebaliknya, ia terus dipakai, diraikan dan disesuaikan dengan kehidupan generasi hari ini.
Kerana mungkin itulah cara paling mudah untuk kita menghargai Malaysia, bukan hanya bercakap tentang warisan, tetapi terus memakainya sebagai sebahagian daripada hidup kita.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
2
Star
Star
5
Sad
Sad
Weary
Weary

3 hours ago
1










![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)


![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)


