Alamanda Shopping Centre bakal membawakan semula Karnival VIKids yang amat dinanti-nantikan bermula dari 20 Mei hingga 7 Jun 2026.
Melalui kempen selama 19 hari ini, ia menjanjikan pengalaman interaktif yang bertenaga tinggi bagi memikat hati ahli-ahli VIKids serta keluarga. Karnival tahunan ini berfungsi untuk menyatukan ibu bapa dan anak-anak, melalui tawaran pelbagai aktiviti bermanfaat yang menggalakkan interaksi aktif.
Foto – Karnival VIKidsTahun ini, ruang Centre Court akan diubah suai menjadi sebuah karnival retro-futuristik, mengambil inspirasi daripada estetika zaman neon 1980-an.
Para pengunjung bakal melangkah masuk ke lantai bercorak catur hitam putih yang klasik, dikelilingi hiasan lampu neon ikonik yang menggamit nostalgia. Karnival ini turut menampilkan 4 buah stesen seperti permainan pesta ria tradisional, zon arked yang menarik, serta bengkel seni & kraf kreatif yang dibuka kepada orang ramai.
Foto – Karnival VIKidsKarnival ini akan menampilkan persembahan hujung minggu yang menyeronokkan. Para keluarga boleh menantikan tiga pertunjukan harian pada setiap hari Sabtu dan Ahad. Antaranya persembahan Tarian Neon yang bertenaga tinggi, Pertunjukan Silap Mata, serta aksi Badut Belon yang menghiburkan.
Foto – Karnival VIKidsDi bawah Program Ganjaran Pembeli, ahli VIKids sedia ada yang berbelanja RM300 dan ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai pakar boleh menebus dua Pas Karnival percuma.
Bagi bukan ahli, mereka juga boleh menikmati keistimewaan eksklusif ini dengan berbelanja RM500 dan ke atas dalam maksimum dua resit. Setiap Pas Karnival akan memberikan akses percuma untuk permainan dan aktiviti terpilih.
Untuk info lanjut mengenai Karvinal VIKids, layari laman web rasmi dan Facebook Alamanda Shopping Centre.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

3 months ago
261










![[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/1-3.webp)



![[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-9.webp)

![[VIDEO] Mak Ayah Kena Alert! ‘Squishy Dumpling’ Didakwa Ada Bahan Kimia Yang Berbahaya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/3-2.webp)

![[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-2.webp)
















![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)




![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)
