[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!

18 hours ago 8

Perkongsian pengacara dan pelakon, Ain Edruce mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen istimewa puteri sulungnya, Soraya sempena hari lahirnya yang ke-5, baru-baru ini.

Ain atau nama lengkapnya Nurulain Edruce menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia memenuhi impian Soraya yang mahu menaiki pelayaran kapal Disney Adventure sebagai hadiah hari lahirnya pada tahun ini. Tambah Ain, dia mengakui masa berlalu begitu pantas apabila melihat anak perempuannya kita sudah memasuki usia lima tahun.

“Aku: Birthday tahun ni Soraya nak apa?,
Soraya: Soraya nak go Disney Cruise mummy.
So kite bawak lah dia naik Disney Cruise ni..

Happy birthday kesayangan mummy and daddy.. We love you so much !!
Dah 5 tahun dah dia. Besar dah . Sekejap dah besar 🥹.”-tulis Ain di Instagram

“Soraya Dah Big Girl!..”

Perkongsian Ain dibanjiri dengan ucapan hari lahir daripada netizen buat Soraya, malah ramai yang teruja melihat anak perempuan Ain yang lengkap memakai gaun kembang seperti seorang puteri Disney.

“Awwww the most beautiful princess!! Happiest birthday Sonaya ! I love you so much cutie pie 💗🌸 have funnnn!!.”-Shalma Aina

“Soraya dah jadi big girll!! Happy birthday sorayyya ❤️❤️.”

“Untung Soraya, impian dapat ditunaikan. Semoga Allah memberkati umur Soraya. Semoga Allah lindungi Soraya dan permudahkan jalan hidup Soraya.”

“Comeynya Pwinces Sorayaa.”

“Patutnya mummy daddy kena ikut outfit Soraya. Baru dia berangan lagi kuat! hehe happy birthday Soraya!.”

Sekadar info, Ain Edruce mendirikan rumah tangga bersama Amirul Hafiz pada 14 Disember 2019. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Soraya dan Shaziman .

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |