Genting menghimpunkan lebih 200 ahli komuniti, kakitangan serta keluarga mereka di Genting Dementia Care Centre pada 30 Ogos 2026 menerusi penganjuran Karnival Ambang Hari Merdeka 2026 sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Karnival tersebut menghimpunkan keluarga dalam kumpulan B40, ibu tunggal, kanak-kanak dari rumah kebajikan serta warga emas dalam suasana meriah yang diserikan dengan jamuan bersama, aktiviti kemasyarakatan dan pelbagai pengisian sambutan. Penganjuran ini turut mencerminkan semangat kemerdekaan serta kepentingan membina masyarakat yang prihatin dan inklusif.
Genting Berhad Anjur Karnival Ambang Hari Merdeka 2026
Karnival yang berlangsung di Genting Dementia Care Centre itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Genting Group untuk menghimpunkan masyarakat dan menggalakkan hubungan yang lebih bermakna. Sejak penubuhannya, pusat tersebut turut berkembang daripada sebuah pusat penjagaan demensia kepada ruang pertemuan yang menghimpunkan sukarelawan, rakan komuniti dan penerima manfaat untuk bersama-sama saling menyokong.
Ditubuhkan pada 2019 menerusi kerjasama antara Genting dan Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, pusat tersebut menyediakan sokongan kepada individu yang hidup dengan demensia serta keluarga mereka. Pada masa ini, pusat berkenaan menyediakan sokongan kepada 28 peserta dan berkapasiti untuk menampung sehingga 50 peserta.
Berteraskan semangat keprihatinan dan kekitaan, pusat tersebut turut menjadi lokasi Karnival Ambang Hari Merdeka 2026. Bertemakan “Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati”, karnival ini meraikan kepelbagaian dan inklusiviti, dengan kehadiran masyarakat daripada pelbagai peringkat usia dan latar belakang yang bersama-sama menikmati sambutan serta menghayati semangat kemerdekaan.
Suasana karnival turut dimeriahkan dengan Kids Fun Zone yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak, termasuk pertandingan mewarna, permainan dan hiburan. Semangat Merdeka turut diserlahkan menerusi hasil karya pertandingan mewarna serta Best Dressed Contest, yang menyaksikan peserta tampil dengan pelbagai pakaian menarik. Cabutan bertuah dan permainan karnival turut menambahkan kemeriahan.
Ruang pameran dan jualan turut menjadi tumpuan pengunjung, dengan ibu tunggal dan pertubuhan kebajikan mengetengahkan pelbagai produk keluaran mereka. Pengisian ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali serta menyokong produk yang dihasilkan komuniti, di samping membantu peserta menjana pendapatan. Inisiatif ini turut mencerminkan semangat saling menyokong dan usaha memperkasa komuniti.
Berteraskan mesej “Together, We Share. Together, We Care”, penganjuran karnival ini mencerminkan komitmen berterusan Genting untuk menggalakkan hubungan yang lebih erat serta memupuk semangat saling mengambil berat dalam komuniti.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
Weary
Weary

5 hours ago
3


![[VIDEO] Mak Ayah Kena Alert! ‘Squishy Dumpling’ Didakwa Ada Bahan Kimia Yang Berbahaya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/3-2.webp)

![[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-2.webp)


































![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)



![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







