IN2IT Malaysia Bawa Hendery NCT WayV Temui Peminat Sempena Ulang Tahun Ke-25

5 hours ago 2

Berita baik untuk peminat K-Pop dan beauty lover kerana Hendery dari NCT WayV bakal temui kamu pada bulan September ini!

IN2IT, salah satu jenama kosmetik kegemaran Malaysia, menjemput para peminat dan pencinta kecantikan untuk merayakan pencapaian ulang tahun ke-25 bersama artis global Hendery dari NCT WayV di Orange Concourse, Sunway Pyramid.

Bermula pada 22 hingga 27 September 2026, acara enam hari di ruang legar ini bertemakan Beauty and Love, menyerlahkan peranan IN2IT dalam rutin kecantikan harian pengguna di seluruh negara. 

Hendry NCT WayV Temui Peminat Sempena Ulang Tahun IN2IT Malaysia Ke-25

Kemuncak utama acara bakal berlangsung pada hari Sabtu, 26 September, bermula jam 2:00 petang (pendaftaran acara dibuka jam 12:30 tengah hari) dengan kemunculan khas Hendery secara langsung di atas pentas.

Rapper dan penari kelahiran Macao yang diminati di seluruh dunia kerana persembahan pentas yang berkarisma serta lagu-lagu hits bersama WayV dan NCT ini akan beramah mesra dengan peminat dalam sesi soal jawab di atas pentas.

Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun ini, IN2IT dan Watsons telah melancarkan peraduan eksklusif peringkat kebangsaan bermula 22 Ogos hingga 23 September 2026, memberi peluang kepada 100 peminat bertuah untuk beramah mesra secara dekat dengan Hendery.

Peminat hanya perlu membeli mana-mana produk IN2IT dengan perbelanjaan minimum RM125 dalam satu resit, termasuk sekurang-kurangnya SATU (1) set Ulang Tahun Ke-25 IN2IT, di mana-mana kaunter IN2IT di cawangan Watsons seluruh Malaysia, dan menyerahkan resit mereka melalui pautan rasmi peraduan.

Seramai 50 pemenang hadiah utama bakal memenangi sesi gambar kumpulan eksklusif bersama Hendery, manakala 50 pemenang lagi akan menerima pas masuk eksklusif ke acara sesi beramah mesra tersebut.

Sepanjang acara enam hari itu, para pengunjung juga boleh mencuba pelbagai rangkaian produk solekan dan penjagaan kulit popular IN2IT, termasuk Moisture Bomb Lipstick, Cica Glow Sunscreen SPF50+ PA+++, Airblur Matte Lipstick, serta set ulang tahun ke-25.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

1

Star

Star

2

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |