Yusry Luah Rasa Rindu Pada Lisa Surihani, Curi Perhatian Peminat!-“-“Dia Nak Bagitau Dia Dah Ada Bidadari..”

6 hours ago 7

Perkongsian penyanyi kumpulan KRU dan pelakon, Datuk Yusry Abdul Abdul Halim mencuri perhatian selepas meluahkan rasa rindu terhadap isterinya yang juga pelakon, Datin Lisa Surihani yang kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan Ibadah Haji.

Yusry menerusi hantaran di Thread, yang memuatnaik foto isterinya yang anggun menggayakan jubah berwarna merah jambu lembut itu turut mengakui bahawa dia merindui isterinya yang baru sahaja meninggalkannya selama hampir seminggu untuk beribadah di Mekah.

“Merindui kesayanganku. Baru 8 hari berlalu. Lama lagi 🥺.”-kongsi Yusry di Thread

“Korang Yang Menggeletis Kat Thread Boleh Beringat Tak Payah Gatal Sangat…”

Di ruangan komen, rata-rata berkongsi rasa teruja dengan hantaran Yusry buat Lisa, malah ramai yang mendoakan agar urusan Haji Lisa dipermudahkan sepanjang berada di sana.

“Dato cringe kat Thread pulak 🫠.”

“Yang kata Dato, ni bukan WhatsApp. Weh korang lupa ke Thread ni WhatsApp satu Malaysia 🤣.”

“Moga dipermudahkan urusan Datin menunaikan Haji di sana.”

Korang ni pun, Dato’ memang nak post sinilah bagi meriah boleh baca komen hilangkan sunyi dia. Semoga dipermudahkan semua urusan keluarga. Sabar itu indah.”

“Dia nak bagitau dia dah ada bidadari dia. Korang yang menggeletis kat Thread boleh beringat tak payah gatal sangat .”

Sekadar info, Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim telah mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Pasangan ini juga dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne, dan Yunos Laith.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |