Coffee Terrace Kembali Dengan Bufet Makan Malam Ikonik “The Nostalgic Spread”

1 day ago 7

Selepas beberapa tahun tidak ditawarkan, bufet makan malam ikonik Coffee Terrace kini kembali menerusi “The Nostalgic Spread”, membawakan semula pengalaman menjamu selera dengan kenangan nostalgia, hidangan kegemaran sepanjang zaman serta pilihan kulinari baharu.

Bermula 15 Ogos 2026, bufet yang diperbaharui ini menawarkan peluang kepada para pengunjung untuk  kembali berkumpul dan menikmati pelbagai hidangan istimewa yang meraikan kepelbagaian  cita rasa serta detik-detik bermakna. 

“The Nostalgic Spread”, Bufet Makan Malam Ikonik Oleh Coffee Terrace

Menerusi pilihan menu yang berubah mengikut hari, “The Nostalgic Spread” menawarkan  pelbagai hidangan merangkumi masakan warisan tempatan, sajian istimewa Cina, hidangan autentik Jepun, hidangan klasik Barat serta juadah India.

Beberapa stesen hidangan istimewa tersedia sepanjang minggu, manakala pilihan hidangan tertentu akan berubah secara berkala  bagi memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung pada setiap kunjungan seperti: 

Foto – Resort World Genting
  • Hidangan klasik Malaysia termasuklah nasi ayam Hainan, laksa kari Nyonya, kuey teow goreng serta nasi goreng kampung dan juadah tradisional seperti sate, otak-otak, satar ikan serta pelbagai pilihan kudapan tempatan.
  • Sajian Cina dengan variasi makanan laut yang disediakan secara bergilir, pilihan sup serta hidangan istimewa masakan tumis.
  • Sajian Jepun turut disediakan, termasuk sashimi salmon dan tuna, aneka sushi dan maki, takoyaki, gyoza ayam, teppanyaki serta pelbagai hidangan lain.
  • Makanan laut, stesen khas Seafood on Ice menyajikan pilihan seperti udang, kupang hijau New Zealand dan kerang.
  • Hidangan Barat  menampilkan sajian seperti kambing panggang, ayam barbeku, pelbagai hidangan makanan  laut serta sup yang menyelerakan.
  • Sajian India pula menawarkan nasi beraroma, naan, aneka kari, hidangan tandoori serta pelbagai sajian tradisional yang autentik.
  • Pelbagai pilihan pencuci mulut,  termasuk kegemaran ramai seperti ais kacang, cendol, pastri Perancis, kuih-muih Nyonya dan Melayu serta aneka manisan lain.

Pada setiap Jumaat  dan Sabtu, pengunjung turut berpeluang menikmati hidangan panggang istimewa yang  menampilkan pilihan premium seperti daging lembu panggang berempah serta kaki kambing,  disajikan bersama pilihan sos dan sayur-sayuran panggang.

Harga Bufet Makan Malam “The Nostalgic Spread”

Bufet makan malam ini ditawarkan setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 9.30 malam, pada  harga RM88 untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak dari Ahad hingga Khamis.

Pada hari Jumaat dan Sabtu, bufet ini ditawarkan pada harga RM108 untuk dewasa dan RM58  untuk kanak-kanak. Selain itu, pengunjung yang menjamu selera antara jam 5.00 petang  hingga 6.00 petang berpeluang menikmati Promosi Early Bird pada kadar istimewa RM78 untuk dewasa, RM38 untuk kanak-kanak dan RM68 untuk warga emas. 

Melengkapkan pengalaman gastronomi di Resorts World Genting sepanjang bulan Ogos ini, Food Factory memperkenalkan Bufet Food & Fruits edisi terhad yang berlangsung dari 14 hingga 31 Ogos 2026.

Ditawarkan setiap hari bagi sesi makan tengah hari dari jam 12.00  tengah hari hingga 2.30 petang serta makan malam dari jam 5.30 petang hingga 9.30 malam,  bufet istimewa ini mengetengahkan pilihan buah-buahan tropika premium tanpa had, disertai  pelbagai sajian tempatan, Asia dan Barat yang digemari ramai. 

Foto – Resort World Genting

Keunikan bufet ini turut ditampilkan menerusi sajian durian premium tanpa had serta aneka buah-buahan tropika bermusim seperti cempedak, manggis, rambutan dan  langsat. Bufet ini ditawarkan pada harga RM88  untuk dewasa dan RM48 untuk kanak-kanak bagi sesi makan tengah hari, manakala sesi makan malam ditawarkan pada harga RM98 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak. 

Untuk maklumat lanjut mengenai bufet makan malam oleh Coffee Terrace, layari rwgenting.com

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

3

Star

Star

3

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |