Isu ‘Tak Halalkan Susu Badan’ Bila Marah Anak Jadi Perdebatan, Netizen Mula Persoal: Wajar Atau Keterlaluan?”

4 hours ago 5

Isu yang satu ni nampak macam “biasa dengar”, tapi bila dibuka balik perbincangan di Threads… ramai rupanya yang mula rasa ada benda tak kena. Seorang pengguna Threads cetuskan perdebatan bila dia luahkan rasa tak setuju dengan segelintir ibu yang bila marah, akan keluarkan ayat seperti “aku tak halalkan susu yang aku bagi” atau sebaliknya mengungkit soal susu badan kepada anak.

“Tak boleh bla betul la mak mak yang kononnya tak halalkan susu badan yang diorang bagi ke anak. Kau siapa nak halal haramkan hak anak kau sendiri,” tulisnya.

“Itu tanggungjawab mak tu sendiri…”

Dari situ, ruangan komen terus ‘panas’ bukan sebab nak melawan ibu, tapi ramai mula persoalkan semula normalisasi ayat-ayat yang dulu kita anggap biasa.

Ada yang kata, dulu mungkin kita diam sebab takut atau hormat, tapi bila masuk tahun 2026, ramai sudah berani nilai semula — adakah kata-kata itu wajar?

“Itu tanggungjawab mak tu sendiri. At the first place, kau yang nak dia ada dalam hidup kau,” tulis seorang lagi pengguna, memberi perspektif bahawa membesarkan anak adalah pilihan dan amanah, bukan sesuatu yang boleh diungkit.

Tak kurang juga yang sentuh soal keikhlasan dalam membesarkan anak. Bagi mereka, jika perkara asas seperti menyusukan anak pun dijadikan bahan ungkitan, ia seolah-olah menunjukkan ada rasa tidak ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

“Ye. Dari baby sampai laa dia baligh, itu kewajipan parents. Kalau dah mengungkit tu maksudnya parents tu tak ikhlas nak ada anak, tak ikhlas nak jalankan amanah,” luah seorang netizen.

“Living with a toxic + narcissistic mom…”

Namun dalam masa sama, ada juga suara yang lebih ‘deep’, berkongsi realiti hidup dengan ibu yang bersifat toksik dan narsistik. Bukan sekadar sekali dua, tapi berlarutan hingga dewasa.

“Living with a toxic + narcissistic mom. I dah 30 pun ungkit lah itu ini, selagi anak dia ni hidup lagi haa kau dengar jela… dah biasa dengar ‘patut kau tak lahir, menyusahkan aku’. Dah tua-tua ni baru I pandai nak lawan balik.”

MURAI tengok, perbincangan ni bukan nak ‘lawan’ ibu, tapi lebih kepada membuka mata, bahawa kata-kata ada kesan, lebih-lebih lagi bila datang dari seorang ibu kepada anak.

Dulu mungkin kita anggap itu sekadar “marah”, tapi sekarang ramai sudah mula sedar ayat seperti ini boleh tinggalkan luka emosi yang panjang.

Dalam mendidik anak, bukan sekadar apa yang kita beri dari segi fizikal, tapi juga apa yang kita ucapkan. Sebab kadang-kadang, luka dari kata-kata tu… lagi lama sembuh berbanding luka yang nampak di mata.

MURAI faham, jadi ibu bukan mudah. Penat, stres, emosi turun naik semua tu real. Tapi mungkin ini masa untuk kita semua, sebagai masyarakat, mula bezakan antara “marah” dan “melukakan”.
Sebab anak-anak ni, walau dah besar mana pun… apa yang keluar dari mulut seorang ibu, tetap akan melekat dalam hati mereka.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |