[VIDEO] Pandang Pertama Galaxy A57 5G: Apa Yang Membezakan Dengan Sebelumnya?

3 hours ago 6

Baru sahaja mendarat di tangan MURAI, kehadiran Samsung Galaxy A57 5G terus beri satu vibe yang lain macam. Ini bukan lagi sekadar upgrade biasa atas kertas, tapi dari saat unboxing lagi, dah boleh nampak Samsung cuba naikkan standard untuk siri Galaxy A.

Sejujurnya, ini baru first impression, belum masuk bab prestasi, kamera atau bateri lagi. Tapi seperti biasa, MURAI suka mula dengan satu perkara paling penting iaitu design.

Slim, Light and Refined, Itu Yang Terus Rasa

Perkara pertama yang terus “kena” bila pegang Galaxy A57 5G ialah betapa nipis dan ringan dia rasa. Dengan ketebalan hanya 6.9mm dan berat sekitar 179 gram, memang terasa beza berbanding model sebelum ini. Bukan sekadar angka atas kertas, tapi betul-betul bagi pengalaman genggam yang lebih selesa dan premium.

Bila letak dalam poket pun tak terasa berat atau bulky. Ini jenis telefon yang memang dibuat untuk kegunaan harian ringan, mudah dibawa, dan tak menyusahkan.

Rekaan Lebih Kemas, Lebih ‘Samsung’

Kalau sebelum ini design Galaxy A nampak agak “generic”, kali ini lain sikit. Susunan tiga kamera belakang nampak lebih tersusun dan kemas, seiring dengan identiti design Samsung yang kita biasa nampak pada model flagship mereka. Ada elemen minimalis, tapi dalam masa sama nampak polished dan lebih mahal dari harga sebenar.

Tambahan pula, penggunaan rangka logam (metal frame) pada Galaxy A57 5G memang bagi sentuhan premium yang ketara. Bila pegang, tak rasa “plasticky”, sebaliknya lebih solid dan meyakinkan dari segi ketahanan.

Bezel Lebih Nipis, Paparan Lebih ‘Immersive’

Satu lagi perkara yang MURAI perasan,  bezel pada bahagian atas dan sisi kini lebih nipis. Dengan pengurangan sehingga 0.7mm di bahagian atas dan 0.5mm di sisi, skrin nampak lebih luas tanpa perlu besarkan saiz peranti. Hasilnya, pengalaman tengok video atau scroll media sosial jadi lebih syok. Rasa macam skrin tu “hidup” dan lebih dekat dengan mata.

Pilihan Warna Yang On Point

Untuk warna pula, Galaxy A57 5G tampil dengan pilihan yang nampak moden dan kena dengan citarasa semasa: Awesome Navy, Awesome Gray, Awesome Icyblue dan Awesome Lilac.

Secara jujur, warna Awesome Navy tu antara yang paling standout, nampak elegan tapi masih ada elemen playful yang sinonim dengan siri Galaxy A.

Setakat first impression ini, Galaxy A57 5G memang nampak seperti satu langkah ke hadapan untuk siri Galaxy A. Fokus pada rekaan yang lebih nipis, ringan dan premium jelas menunjukkan Samsung bukan sekadar buat “refresh”, tapi betul-betul refine pengalaman pengguna. Memang kena dengan tagline mereka, “AYE, Tetap Ngam”.

Pasal Harga? Ini Yang Ramai Tunggu

Sempena Promosi 5.5 yang berlangsung dari 4 hingga 7 Mei 2026, ini mungkin masa paling ‘berbaloi’ untuk dapatkan Galaxy A57 5G.

Penjimatan paling ketara adalah pada Galaxy A57 5G yang kini boleh dibeli pada harga RM1,799 untuk varian 12GB + 512GB, turun daripada harga asal RM2,699.

Belum sentuh lagi bab performance, kamera dan bateri tapi kalau design pun dah meyakinkan macam ini, memang ada sebab untuk rasa excited.

Nantikan review penuh dari MURAI selepas beberapa hari penggunaan. Setakat ini… memang sedap mata memandang, sedap tangan memegang.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |