Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mempersoalkan tindakan pihak terlibat dalam industri seni tempatan yang kadangkala seolah-olah cuba menjatuhkan dan membuatnya sengsara.
Kongsi Adriana Adnan di Threads, dia bersyukur terhadap orang sekeliling yang sentiasa percayakan bakat dan memilih dirinya dalam industri.
“Semua ni buat saya tertanya-tanya, adakah mereka memberikan alasan random hanya untuk reject saya? Adakah mereka cuba untuk menjatuhkan saya dan buat saya rasa sengsara?
Saya masih bersyukur untuk orang-orang sekeliling saya yang sentiasa percayakan bakat saya, selalu support saya dan selalu pilih saya.
Kepada yang hanya mencari kekurangan saya hanya kerana awak tak suka saya atau mempunyai pilihan lebih baik di tangan awak sekarang, selamat berjaya. Kita lihat berapa lama mereka bertahan.”-tulis Adriana di Threads

Pernah Diminta Untuk Cipta Kontroversi
Tambah pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini turut mendedahkan bahawa dia pernah diminta untuk mencipta kontroversi untuk kekal relevan disebabkan dirinya yang terlalu ‘clean’.
“Ada orang industri sampai suruh saya cipta kontroversi untuk kekal relevan. Mereka kata saya terlalu ‘clean’. Not news worthy.
Sebab industri kita akan pilih orang yang selalu keluar news/ viral/ high social media engagement.
Tetapi bagi saya, maruah diri dan keluarga lebih penting. Not gonna sacrifice that.”-tambah Adriana lagi

“Saya Pun Tak Tahu Apa Industri Ni Nak…”

Memasuki tahun 2026 setelah sedekad di dalam industri seni, dia tidak memahami apa yang dimahukan oleh industri biarpun dia sudah memberikan sepenuh komitmen demi watak termasuklah menguruskan badan dan memotong rambut.
“Dari dulu sampai lah sekarang tetap lah orang dalam industry suruh I kurus, kurus & kurus. Size I ni dikira gemuk tau haha. Bila dah masuk umur 30 pulak ni orang cakap I dah tua. Lol. So apparently 30 is old in this industry. Walaupun I rasa I nampak lebih muda dari dak dak gen z sekarang 🤭😝.
Entahlah, I pun tak tahu apa industry ni nak. Kalau diorg suruh I kurus untuk character, I mampu kuruskan badan. I was the skinniest in #SeribuNina on viu. Kalau diorg nak I potong rambut, I potong rambut bob cut from a waist-length hair untuk #ImpianaKarma . I’d do anything for a character selagi mampu and munasabah. I guess people still cannot see that.”-tambah Adriana lagi

Apa komen anda?

1 day ago
9



![[VIDEO] “Hari Pertama Jadi ‘Bahan Assignment’?”- Pesakit Dikerumuni Pelajar Perubatan Undang Tawa Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/Untitled-A2-Landscape-3.webp)



























![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)



![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)







![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)

![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)



