Nama Mohamed Norhakim bin Zaidon atau Norman Hakim dan Arbaiyah Abdul Manan atau Abby Abadi sekali lagi mencuri perhatian warganet, kali ini bukan kerana projek seni atau penampilan di kaca televisyen, sebaliknya atas kejayaan membanggakan akademik anak perempuannya, Maria Danisha Hakim, 17 meraih pelbagai anugerah cemerlang dalam Ihtifal Abedeen Academy 2025.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Norman Hakim berkongsi rasa bangga terhadap kejayaan akademik anak perempuannya, Maria Danisha Hakim yang mencatat pencapaian cemerlang dengan meraih 7 subjek terbaik dan merangkul 3 gelaran terunggul. Kejayaan ini jelas menunjukkan hasil usaha tanpa henti dan komitmen sepanjang tahun.
Tujuh Subjek Terbaik, Bukan Main-Main
Menerusi perkongsian di Instagram peribadinya @normanhakim_786, Norman meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya itu diumumkan sebagai penerima Best Subject Performance bagi 7 subjek utama termasuk Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi.
“Hard work never betrays its results,” tulis Norman, sambil menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hasil usaha berterusan sepanjang tahun 2025″ katanya.
Sapu Anugerah Utama, Lengkap Pakej

Bukan itu sahaja, Danisha turut meraih 3 anugerah iaitu Best Overall Performance Award (Form 5), Ansor Leadership Award serta Valedictorian Award yang menjadikan pencapaiannya antara yang paling menonjol dalam kalangan pelajar tahun tersebut.
Norman turut berkongsi bahawa kejayaan ini bukan hadir secara tiba-tiba. Sebaliknya, ia dibina melalui disiplin yang konsisten dan pengorbanan yang mungkin tidak disedari ramai.
“Wherever you went, books were always by your side. Even during family outings or vacations, you would quietly find a corner to revise,” tulisnya, mendedahkan rutin harian Danisha yang sentiasa meletakkan pelajaran sebagai keutamaan.
Usaha Senyap, Hasilnya Mengagumkan
Menurut Norman lagi, beliau dan keluarga menyaksikan sendiri perjalanan anaknya yang penuh ketekunan, walaupun tanpa dipaksa.
“The quiet consistency, the unseen sacrifices and the perseverance that never faded,” luahnya, menggambarkan bagaimana Danisha komited mengejar kecemerlangan secara senyap tetapi berimpak besar.
Dalam kapsyen sama, Norman tidak lupa merakamkan penghargaan kepada barisan pendidik di Abedeen Academy serta tenaga pengajar daripada PTTI Online yang disifatkan banyak membantu melalui bimbingan berstruktur dan sesi pembelajaran secara individu.
Tidak hairan lah rata-rata netizen membanjiri ruangn komen dengan ucapan tahniah bahkan memuji kecantikkan beliau seiring dengan kebijaksanaannya
“Dah lah cantik, pandai pula tu. Allahumma baarik.”
“MashaAlla, dah la cantik, comel, bijak pandai pulak tu. Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat, baby.”
Doa Menjelang SPM 2025
Menutup perkongsian tersebut, Norman bersama keluarga turut menitipkan doa menjelang SPM 2025, bukan hanya buat Danisha, malah untuk kesemua calon SPM tahun ini.
“Papa, Mama, Mummy and Abah have never stopped praying for your well-being, strength, and success, and will continue to do so, always,” katanya penuh makna.
Bagi Murai, pencapaian Maria Danisha Hakim ini bukan sekadar berita kejayaan akademik, tetapi satu naratif inspirasi bagaimana disiplin, doa dan usaha yang konsisten dapat membuahkan hasil, kisah ini membuktikan bahawa kerja keras masih relevan dan memang layak untuk diraikan.

15 hours ago
11

![[VIDEO] Kunjungan Tengku Permaisuri Selangor Ke Booth Kunyahan Curi Perhatian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-9.png)
![[VIDEO] Sikap Rendah Diri Tya Arifin Di Sekolah Raih Pujian Ramai](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/Untitled-A2-Landscape-10.png)



![[VIDEO] “Yang Mana Nak Curang-Curang, Jangan Curang Dekat Rembayung”- Khairul Aming](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/1-5-1.jpg)












![[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu ‘Move On’](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/img_0087.jpg)











![[VIDEO] Penampilan Rizman Nordin Dalam Video ‘Throwback’ ABPBH Jadi Bualan Peminat](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Screenshot-2025-09-03-at-2.05.26-PM.jpg)


![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)




![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)









![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)