Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman pertama beliau berjumpa Que Haidar.
Drama ini membawa tema realiti keluarga yang penuh konflik, suami menuntut hak poligami, anak-anak menghadapi dilema dalam mengurus hubungan dengan ibu bapa, dan kisah kasih sayang yang diuji oleh keputusan-keputusan berat.

Dari klip promosi yang tular, jelas drama ini sarat emosi dan realiti, membuatkan ramai peminat tidak sabar menunggu episod pertama. Malah, ada yang sudah mula membuat teori tentang watak-watak yang akan muncul!
Barisan pelakon mantap menambah lagi tarikan drama ini. Antara nama besar yang membintangi termasuk Que Haidar, Ummi Nazeera, Syazwan Zulkifly, Zaleha Iman, Mia Nasir, Shah Iskandar, Raja Azmi, Shweta Sekhon, Hana Aqeela, dan Datin Fadilah Mansor. Dengan gabungan pelakon berpengalaman dan muda, drama ini dijangka menjadi fenomena seterusnya di slot Megadrama.

Di sebalik hebatnya watak-watak di layar, chemistry antara pelakon utama juga menjadi perhatian. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman pertamanya bertemu Que Haidar, yang menurut beliau meninggalkan kesan unik:
“Pertama kali berjumpa Que Haidar, saya rasa beliau pemalu. Walaupun pemalu, beliau ‘gila’ jadi ia menutup sikap malu itu,”
Que Haidar pula mengakui rasa teruja kerana dapat bergandingan dengan Ummi Nazeera:
“Saya ambil tawaran ini kerana mahu bekerja dengan Ummi Nazeera. Beliau banyak membantu saya. Selain itu, pelaku seni handalan lain seperti Dian P Ramlee dan pembawa watak Ammara juga memberi sokongan hebat.”
Pak Su Ammara bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria, dan turut boleh distrim melalui aplikasi Sooka.
Jangan lupa, Pak Su Ammara bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria, dan turut boleh distrim melalui aplikasi Sooka.

1 day ago
9












![[VIDEO] Tetap Solat Walaupun Tepi ATM, Sikap Rita Rudaini & Anak Tuai Pujian](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/5.webp)


















![[VIDEO] Dulang Girls Majlis Nikah Amira Othman Raih Pujian Netizen-“Semuanya Bak Bidadari”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/Vevo-23.jpg)





![[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/96be7d4d-5a6e-442e-9b88-fc32bdb01869.jpg)






![[VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/10/5D5E87FF-8D15-4C7F-8796-D38DFD2FEFFF.jpeg)

![[VIDEO] Nak Rasa RON95 Murah? Cepat ‘Check Cip’ MyKad Anda](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/09/2912221.jpeg)


