Istimewa Sambutan Hari Ibu, “Circus Of Life” Angkat Kisah Kasih Ibu Yang Menyentuh Hati

3 hours ago 4

Sebuah filem tempatan yang menyentuh hati, Circus of Life”, secara rasmi mengumumkan tarikh tayangan di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mei 2026, bersempena musim Hari Ibu. 

Diarahkan oleh pengarah Tham Wai Fook, filem ini mengangkat sebuah kisah penuh emosi tentang impian, kasih seorang ibu dan pengorbanan dalam sebuah keluarga.

Kasih Ibu Yang Tidak Pernah Putus

Circus of Life” mengisahkan tentang Wei, seorang lelaki yang sejak kecil bercita-cita membina sebuah sarkas haiwan. Namun, tekanan hidup dan kegagalan demi kegagalan menyebabkan dirinya semakin hilang arah, malah percaya bahawa dirinya pernah diculik oleh makhluk asing. 

Dalam keadaan yang semakin tidak stabil, hanya dua insan yang tetap berada di sisinya iaitu teman wanita dan seorang ibu. Walaupun anaknya semakin jauh dari realiti, ibunya tetap berusaha mencari jalan untuk membawanya pulang”. 

Ia juga merupakan satu penghargaan kepada semua wanita. Khususnya para ibu yang sentiasa berkorban, memendam perasaan, dan terus memberi tanpa mengharapkan balasan.

Filem ini sebelum ini dikenali dengan judul asal “Ibu, Ibu, Ibu”, yang dengan jelas menggambarkan tema kasih sayang seorang ibu sebagai nadi utama penceritaan.

Gambaran Harmoni Masyarakat Majmuk Malaysia

Selain tema kekeluargaan, filem ini turut menampilkan keunikan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum. Kehidupan Wei yang tinggal di kawasan perumahan berbilang bangsa memperlihatkan situasi harian yang sangat dekat dengan masyarakat.

Ia adalah gambaran tulen tentang keharmonian masyarakat Malaysia yang jarang ditonjolkan secara jujur di layar perak.

Kisah Dekat Dengan Kehidupan Rakyat Malaysia

Menurut Tham Wai Fook, filem ini diinspirasikan daripada pengalaman peribadinya sendiri, menjadikannya sebuah karya yang sangat realistik dan dekat dengan kehidupan. 

Dengan gaya penceritaan yang sederhana tetapi menyentuh, Circus of Life” diharapkan dapat membuat penonton melihat refleksi diri. Sama ada sebagai seorang anak, seorang ibu, atau seseorang yang pernah mengejar impian.

Untuk makluman semua, Circus of Life” akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mei 2026.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |