Subi Cari Chef Cilik, 42 Keluarga Meriahkan Pertandingan Masak Di MYDIN USJ

4 hours ago 4

Kalau memasak bersama anak boleh jadi cara paling best untuk luangkan masa berkualiti, inilah yang cuba diketengahkan oleh Subi Malaysia menerusi Pencarian Chef Cilik Subi yang melabuhkan tirai roadshow 10 hari mereka di MYDIN USJ.

Bekerjasama dengan MYDIN dan Malaysian Indian Chefs Association (MICA), pertandingan sulung ini menghimpunkan 42 pasangan ibu bapa dan anak untuk beraksi di dapur menggunakan produk makanan laut sejuk beku Subi. Majlis pelancaran rasmi itu turut disempurnakan Pengarah Perpaduan Negeri Selangor, Tuan Burhanuddin.

Subi Cari Chef Cilik

Bukan Sekadar Cari Juara

Menariknya, pertandingan ini bukan semata-mata nak tengok siapa paling power memasak. Sebaliknya, Subi mahu anak-anak belajar tentang kreativiti, keyakinan dan kerja berpasukan bersama ibu bapa.

Sepanjang pertandingan, pasangan ini perlu bekerjasama menghasilkan hidangan makanan laut sambil berkomunikasi dan berkongsi idea. Dalam erti kata lain, dapur jadi tempat bonding keluarga.

Subi Cari Chef Cilik

Roadshow yang bermula pada 31 Julai 2026 itu turut menampilkan sesi merasa produk, promosi istimewa, demonstrasi masakan oleh Duta Jenama Subi, Chef Alwi, serta demonstrasi resipi mudah oleh pasukan Subi.

Menurut General Manager Pacific West Malaysia, Joseph Lim, sambutan terhadap edisi pertama ini cukup menggalakkan dan membuktikan ramai keluarga mencari peluang untuk meluangkan masa bersama.

Lepas USJ, Nak Ke Mana Pula?

Dengan sambutan memberangsangkan, Subi kini sedang meneroka peluang untuk membawa Pencarian Chef Cilik Subi ke negeri lain termasuk Kelantan dan Pulau Pinang.

Subi Cari Chef Cilik

Nampaknya, kalau program ini diteruskan, mungkin akan lebih ramai chef cilik muncul dari dapur rumah masing-masing. Siapa tahu, anak korang pula bakal jadi bintang dapur seterusnya?

Subi bukan sekadar mahu jual makanan laut, tetapi nak jadikan makanan sebagai alasan untuk keluarga duduk semeja, memasak dan mencipta memori bersama.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

4

Star

Star

5

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |