Danish Iftikhar Tempat Ke-8 Dunia, 3 Perkara Tentang Pelari Muda Ini Yang Wajib Tahu

16 hours ago 6

Nama Danish Iftikhar Muhammad Roslee mungkin belum begitu familiar bagi semua orang, tetapi pelari pecut muda negara ini baru sahaja mencipta satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Pada usia 19 tahun, Danish menamatkan kempen Kejohanan Olahraga Remaja Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2026 di Oregon, Amerika Syarikat dengan menduduki tempat kelapan dalam acara 100 meter lelaki.

Walaupun belum berjaya membawa pulang pingat, pencapaian Danish tetap bukan biasa-biasa. Jom MURAI kongsikan tiga perkara menarik tentang atlet muda ini.

Danish Iftikhar Pelari Malaysia Pertama Ke Final 100m Dunia

Danish Iftikhar

Danish mencipta sejarah apabila menjadi pelari Malaysia pertama mara ke final acara 100m lelaki di pentas Kejohanan Olahraga Remaja Dunia B-20.

Ini sahaja sudah cukup untuk meletakkan namanya dalam sejarah olahraga negara.

10.30 Saat Dalam Saringan

Danish Iftikhar

Sebelum ke final, Danish menunjukkan prestasi konsisten apabila mencatat 10.30 saat, iaitu rekod terbaik musimnya dalam aksi saringan.

Dia kemudian mencatat 10.36 saat pada separuh akhir untuk memastikan tiket ke final.

Berani Bersaing Dengan Pelari Terbaik Dunia

Danish Iftikhar

Dalam final, Danish mencatat 10.44 saat untuk berada di tempat kelapan. Emas pula dimenangi pelari Amerika Syarikat, Tate Taylor dengan catatan 9.94 saat.

Bagi MURAI, podium memang menjadi sasaran, tetapi pengalaman bersaing di final dunia pada usia 19 tahun sudah cukup bernilai.

Ini baru permulaan. Dengan pengalaman dan konsistensi yang ada, Danish berpotensi menjadi antara sandaran utama olahraga Malaysia pada masa akan datang.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

3

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |