Lepas 17 Tahun, T-ARA Masih Berbisa! Fan-Con Solo Pertama Di Malaysia Bakal Hangatkan Kuala Lumpur

13 hours ago 5

Kalau anda membesar dengan lagu Roly-Poly, Bo Peep Bo Peep atau Cry Cry, ini memang berita yang boleh buat ramai Queen’s tersenyum lebar. Selepas sekian lama, kumpulan legenda K-Pop generasi kedua, T-ARA, bakal kembali ke Malaysia menerusi T-ARA FAN-CON IN MALAYSIA 2026 [Summer Again] pada 9 Ogos 2026, jam 5 petang di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Lebih istimewa, kali ini peminat dapat menyaksikan Qri, Eunjung, Hyomin dan Jiyeon bergabung semula dalam sebuah fan-con solo yang penuh dengan persembahan, sesi interaksi serta pelbagai manfaat eksklusif untuk pemegang tiket.

T-ARA Masih Berbisa! Fan-Con Solo Pertama Di Malaysia

Bukan sekadar konsert, tapi reunion bersama peminat T-ARA

Bagi MURAI, fan-con seperti ini memang lain feel dia. Bukan hanya datang tengok persembahan, malah peminat berpeluang berinteraksi lebih dekat dengan idola mereka. Lagi best, ini merupakan penampilan solo pertama T-ARA di Malaysia selepas sebelum ini mereka lebih banyak muncul dalam festival atau konsert yang menghimpunkan ramai artis.

Dengan lebih 17 tahun dalam industri, T-ARA masih kekal relevan menerusi deretan lagu ikonik seperti Lovey-Dovey, Sexy Love, Number Nine dan Sugar Free. Tak hairanlah kumpulan ini masih mempunyai kelompok peminat setia di seluruh dunia.

Tiket T-ARA dah dijual, jangan sampai FOMO

T-ARA Masih Berbisa! Fan-Con Solo Pertama Di Malaysia 

T-ARA Masih Berbisa! Fan-Con Solo Pertama Di Malaysia

Tiket sudah mula dijual sejak 7 Julai dengan harga bermula RM338 hingga RM888. Setiap kategori hadir dengan pelbagai kelebihan termasuk sesi Hi-Bye, poster dan album bertandatangan, polaroid eksklusif serta peluang bergambar bersama anggota T-ARA mengikut kategori tiket.

Kalau anda seorang Queen’s atau sekadar nak rasai sendiri aura K-Pop generasi kedua, inilah peluang yang memang rugi kalau dilepaskan. Mana tahu, malam itu nanti satu arena akan sama-sama menyanyi Roly-Poly macam zaman kegemilangan dulu.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

4

Star

Star

5

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |