Terus Sold Out?! Burger King Perkenal Beg Saiz Nuget Dengan Harga RM16.30

4 hours ago 3

Francais makanan segera, Burger King mencuri perhatian selepas melancarkan beg mikro yang berbentuk nuget ayam, menjadi sebahagian daripada kempen untuk perkenalkan menu nuget baharunya.

Dinamakan sebagai “Le Nugguette”, beg mikro ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad. Ianya bersaiz kecil, seakan saiz nuget, berona coklat dan mempunyai logo perak “BK” (mengambil inisial francais itu) di bahagian depannya.

“Le Nugguette” Burger King

Penjualan beg mikro ini berlangsung dari 12 September sehingga 16 September 2026 di laman web khusus.

Francais ini hanya mengeluarkan 100 beg setiap hari dan pembelian hanya terhad kepada satu beg bagi setiap orang. Harganya pula $3.99, iaitu sekitar RM16.28 dan ianya dipadankan dengan harga sebungkus empat ketul nuget ayam.

Setiap beg didatangkan dengan hiasan yang diinspirasikan oleh pilihan sos Burger King. Pelanggan boleh memilih sama ada Sepcial Savory Sauce atau tiga lagi saus yang diinspirasikan oleh Honey Mustard, Buffalo dan Sweet Sour.

Bagi kamu, berbaloi tak beli beg “Le Nugguette” tersebut?

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

1

Star

Star

1

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |