Halloween kali ini nak buat sesuatu yang lain daripada biasa? Kalau anda pencinta kucing, mungkin Under The Stars Meowloween di Resorts World Awana (RWA) boleh masuk dalam bucket list.
Berlangsung pada 31 Oktober ini di Great Lawn, RWA, acara ini menggabungkan suasana Halloween dengan pelbagai aktiviti santai untuk pencinta kucing, keluarga dan rakan-rakan.
Paling best, kemasukan adalah percuma. Jadi anda boleh datang dengan kostum pilihan, bawa kucing kesayangan dan lepak di kawasan terbuka sambil menikmati udara nyaman tanah tinggi.
Catwalk Kucing Jadi Acara Kemuncak
Boleh bayangkan kucing-kucing lengkap berkostum Halloween berjalan atas pentas?
Bermula 8.30 malam, Catwalk & Fashion Show bakal menjadi antara tarikan utama Meowloween apabila kucing-kucing RWA tampil dengan gaya masing-masing.
Pengunjung juga boleh menyertai kemeriahan dengan kostum bertemakan kucing atau mendapatkan lukisan wajah pada harga RM15 dan RM30.
Selain itu, ada permainan seperti Giant Jenga, Giant Tic Tac Toe dan Cornhole di Lawn Game Alley. Kanak-kanak pula boleh menikmati aktiviti khas termasuk permainan buih.
Muzik, Bengkel Kreatif & Makanan
Great Lawn, RWA,Malam Halloween anda juga ditemani persembahan muzik secara langsung pada 6.30 petang dan 9 malam.
Bagi yang suka aktiviti DIY, terdapat beberapa bengkel kreatif dengan harga bermula RM20, termasuk melukis plaster. Pengunjung turut boleh mencuba kraftangan bulu biri-biri atau menghasilkan tabung syiling pada harga RM40.
Nak Sambung Bermalam di Genting?
Kalau tak mahu rushing balik, RWA turut menawarkan pakej penginapan bersama sajian Meowloween, bermula RM390 untuk dua orang bagi Superior Deluxe.
Jadi, sudah bersedia nak gayakan si comel untuk Halloween kali ini?
Dengan catwalk kucing, muzik, makanan dan aktiviti santai bawah langit malam, Under The Stars Meowloween nampaknya memang sesuai untuk anda yang mahu sambut Halloween dengan cara yang lebih chill dan comel.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Resorts World Genting.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
5
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

6 hours ago
3





![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)



























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)



![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)

