Ada lagu yang bila dimainkan semula, terus membawa kita kembali ke satu memori. Zaman sekolah, cinta pertama atau mungkin seseorang yang sudah lama tidak ditemui.
Bagi Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ, nostalgia itulah yang mahu mereka hidupkan semula menerusi 3DIVA LIVE IN MALAYSIA 2026 [TIMELESS], selepas 19 tahun tidak mengadakan persembahan bersama di Malaysia.
Pada 22 November 2026 di Unifi Arena, Kuala Lumpur, ketiga-tiga diva Indonesia ini bukan sekadar mahu menyanyikan lagu popular mereka, tetapi mencipta satu lagi memori bersama peminat.
Titi DJ Mahu Satu Arena Menyanyi Bersama
Bagi Titi, antara perkara yang paling dinanti-nantikan ialah mendengar suara penonton bergabung dengan mereka di atas pentas.
“Salah satunya, bagi saya, ialah dapat menyanyi bersama mereka yang datang menonton dan bernostalgia bersama kami bertiga,” katanya.
Namun, nostalgia tidak bermakna mereka hanya mahu mengulang persembahan lama.
Titi menjelaskan penonton sememangnya datang dengan jangkaan tertentu dan 3DIVA perlu memastikan lagu yang dipersembahkan mampu membuat mereka teruja.
Ruth Pilih Lagu Yang Sentuh Hati
Dengan begitu banyak lagu popular sepanjang kerjaya masing-masing, pemilihan lagu bukan perkara mudah.
Menurut Ruth, mereka perlu memilih lagu yang benar-benar dekat dengan penonton Malaysia.
“Daripada begitu banyak lagu hit masing-masing, kami perlu benar-benar memilih lagu yang dapat menyentuh hati masyarakat Malaysia,” katanya.
Buat Ruth juga, nama TIMELESS bukan bermaksud mereka mahu mengangkat diri sendiri sebagai legenda.
Sebaliknya, ia adalah tanda penghargaan.
“Ia sebenarnya tanda syukur dan terima kasih kerana sehingga sekarang kami bertiga masih dapat berdiri dalam industri,” jelasnya.
Kris Dayanti Mahu Generasi Baharu Teruskan Legasi
Kris pula melihat kehadiran generasi baharu sebagai sesuatu yang penting dalam dunia muzik.
“Kami gembira kerana dalam industri ini, kami mahu ada regenerasi,” katanya.
Malah, Titi berharap peminat lama membawa anak-anak mereka untuk mengenali lagu yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan ibu bapa mereka.
Tetapi adakah Gen Z akan datang?
Titi cukup realistik apabila berkata, “Kami juga perlu sedar bahawa kami tidak boleh memaksa Gen Z untuk datang menonton.”
Mungkin di situlah keistimewaan TIMELESS, ia bukan tentang memaksa generasi baharu mengenali 3DIVA, tetapi memberi mereka peluang untuk menemukan sendiri muzik yang pernah menemani satu generasi.
Selepas 19 tahun, mampukah tiga diva ini membuat satu arena kembali bernyanyi bersama?
Tiket kini dijual, dengan promosi Early Bird bermula RM138 sehingga 19 September 2026 atau selagi masih ada.
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

3 hours ago
1









![[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/1-3.webp)



![[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-9.webp)

![[VIDEO] Mak Ayah Kena Alert! ‘Squishy Dumpling’ Didakwa Ada Bahan Kimia Yang Berbahaya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/3-2.webp)

![[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-2.webp)





















![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)




![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







