LuxuriAsia Bawa Gelombang Baharu Fesyen India Ke KL September Ini

7 hours ago 2

Pernah tak bila pakai sesuatu yang cantik, tiba-tiba kawan terus tanya, “Eh, beli dekat mana?”

Situasi itulah yang menjadi antara inspirasi Sherina Mahtani-Binwani membangunkan LuxuriAsia, sebuah platform fesyen dan gaya hidup yang membawa pilihan label unik dari serata dunia ke Malaysia.

Dilahirkan dan dibesarkan di Jakarta sebelum menetap di Kuala Lumpur, Sherina sememangnya sudah lama menjadikan travel sebagai ruang untuk mencari fesyen yang berbeza.

Daripada pereka baharu sehinggalah label independen, setiap “fashion find” yang ditemuinya sering membuatkan orang di sekeliling tertanya-tanya. Dari situ, tercetus satu idea – bagaimana kalau wanita Malaysia juga boleh menemui koleksi sebegini dengan lebih mudah?

Fesyen India Kini Lebih Moden

Menariknya, LuxuriAsia bukan sekadar membawa pakaian tradisional. Tahun ini, platform tersebut memberi fokus kepada perubahan wajah fesyen India yang semakin moden dan versatile.

Sari dengan potongan kontemporari, co-ords, cape, jaket, sulaman moden dan siluet yang lebih clean kini semakin menjadi pilihan.

Dan paling best? Banyak daripadanya boleh digayakan untuk lebih daripada satu occasion.

Jaket untuk dinner? Boleh. Co-ord untuk cocktail party? Why not? Sari moden untuk majlis lintas budaya? Pun boleh.

Menurut Sherina, wanita hari ini tidak semestinya mahu tampil sama seperti orang lain. Mereka mahu sesuatu yang lebih personal dan ada identiti sendiri.

Bukan Bazaar Biasa

LuxuriAsia juga mengambil pendekatan yang lebih curated. Bukan konsep “lagi banyak vendor, lagi meriah”.

Sebaliknya, setiap jenama dipilih berdasarkan identiti dan keunikan masing-masing supaya pengunjung tidak rasa seperti melihat produk yang sama berulang kali.

Antara nama yang bakal dibawa termasuk Archana Kochhar, Vikram Phadnis, Meeta Mulchandani dan label barang kemas Mystique Jewels, selain beberapa jenama dari India, Indonesia dan Malaysia.

Jom Cari ‘Fashion Find’ Anda

LuxuriAsia Diwali Edit 2026 akan berlangsung pada 29 dan 30 September 2026, dari 11 pagi hingga 7 malam di The Majestic Hotel Kuala Lumpur.

Dengan Deepavali dan musim perkahwinan hujung tahun semakin dekat, mungkin inilah masa untuk cari outfit yang bukan sekadar cantik, tetapi betul-betul rasa macam “ini aku”.

Siapa tahu, anda pula yang akan buat kawan tanya, “Where did you get that?”

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

5

Star

Star

1

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |