Johan Ghazali Beri Respon Terhadap Individu Yang Bangga Jadi Gemuk-“Duit Banyak Pun Tak Guna Kalau Kau Tak Sihat…”

3 hours ago 3

Jaguh Muay Thai negara Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo tampil memberi respon terhadap pendapat sesetengah pihak yang berpendapat gemuk bukanlah satu masalah asalkan mempunyai harta yang banyak.

Jojo menerusi hantaran di Thread, menegaskan bahawa tiada guna mempunyai harta yang banyak jika tidak sihat selain berpendapat pemikiran tersebut bakal menjatuhkan negara.

“Aku tak tahu dia ni main-main ke serius, tapi kalau betul dia serius inilah mindset paling bangang aku pernah tengok.

Duit banyak macam mana pun takkkan ada guna kalau kau tak sihat, kau nak duduk dalam kereta Lambo pun tak muat. Nak cakap tak ada masa untuk bersenam tapi masa untuk makan ada je. Pemikiran bahalol yang akan menjatuhkan negara.”-balas Jojo di Thread

“Usahakan Badan Untuk Kekal Sihat & Cergas Tu Satu Sunnah..”

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka, malah ramai yang meminta jaguh Muay Thai ini mengabaikan sahaja kenyataan pihak terlibat yang masih mempertahankan tanggapan mereka yang masih bangga menjadi gemuk.

“Orang gemuk makan semua benda, nasihat je tak makan.”

“Tau tak usahakan badan untuk kekal sihat dan cergas tu pun satu sunnah. Macam mana nak beribadah, buat kebajikan, bantu masyarakat lebih kalau badan tak sihat? Tapi tulah, manusia kan? Mudah melupakan, mudah menidakkan..”

“Aku dulu pernah gemuk, kau tahu tak betapa susahnya nak buat rutin harian bila badan kau gemuk, sembahyang sakit lutut, nak jalan sikit mengah tu belum kau naik tangga lagi mcm nak terkeluar roh kau…kau agak-agak time kau nak mati esok kau ingat ko angkat diri sendiri ker nyah.”

“Yang ini aku setuju, dulu aku pon berfikiran macam mamat ni. Tapi fikir balik akan datang banyak mendatangkan kesusahan kepada diri dan orang sekeliling. Lagi-lagi bila dah meninggal nanti. Jadi aku pon perlahan lahan usaha turunkan berat badan dan jaga kesihatan. Alhamdulillah dari 130 sekarang dah 105. Masih jauh perjalanan tapi cuba dari tak buat apa.”

Apa komen anda?

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |