Kalau selama ini pertandingan ratu cantik sering dikaitkan dengan wajah menawan dan penampilan anggun, Taanusiya Chetty membuktikan bahawa ‘pakej’ sebenar jauh lebih besar daripada itu.
Mewakili Malaysia di Miss World 2026, wanita kelahiran Kuala Lumpur ini hadir dengan latar belakang sebagai guru Bahasa Inggeris, model dan aktivis. Berbekalkan pendidikan dalam Teaching English as a Second Language (TESL), Taanusiya ternyata bukan sahaja petah bercakap, malah mempunyai misi yang jelas.
Guru Yang Bawa Misi
Ketika berada dalam kelompok Top 6, Taanusiya berdepan sesi soal jawab mengenai tanggungjawab melindungi alam sekitar dan bagaimana mahu memberi inspirasi kepada generasi muda.
Jawapannya cukup dekat dengan dirinya sebagai pendidik. Beliau percaya pendidikan tentang alam sekitar perlu dimulakan sejak usia kanak-kanak supaya perubahan dapat dibentuk dari awal.
Lebih menarik, Taanusiya mampu menguasai empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil. Kelebihan ini menyerlah ketika Head-to-Head Challenge.
Cantik Dengan Tujuan
Usaha kemanusiaannya menerusi Be The Change Malaysia, yang diasaskan pada 2022, turut membawanya ke Top 2 Beauty With a Purpose. Gerakan itu memberi fokus kepada pendidikan, bimbingan dan pembangunan emosi kanak-kanak.
Perjalanan hidupnya juga bukan tanpa cabaran. Taanusiya kehilangan ibunya dalam kemalangan ketika berusia 14 tahun. Pengalaman tersebut menjadi antara pencetus kepada usaha beliau membantu kanak-kanak dan komuniti yang memerlukan.
Tidak cukup dengan itu, Taanusiya turut membawa identiti Malaysia ke pentas dunia selepas mempelajari silat tari selama berbulan-bulan.
Jadi, kalau ditanya apa yang membuatkan Taanusiya menyerlah? Bagi MURAI, jawapannya bukan sekadar rupa, tetapi ilmu, empati, keberanian dan tujuan yang dibawanya.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

3 hours ago
2






































![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)






![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)




![[VIDEO] Sulaiman Usop Hadir Dengan Single ‘Pergilah’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2-3.webp)

