Sikap dua wanita warga asing di kawasan parkir KLCC baru-baru ini telah mencetuskan kemarahan orang ramai.
Berdasarkan video pendek yang dimuat naik oleh seorang pengguna Threads (dikenali sebagai Shezlina), dua wanita berkenaan dilihat cuba menghalang kenderaan lain memakir dengan berdiri di hadapan petak parkir berkenaan.
Wanita Asing ‘Cop’ Parkir & Akui Ada MyKad
Walaupun sudah dibunyikan hon beberapa kali, mereka tetap tidak berganjak. Apabila Shezlina dan suaminya cuba menegur, mereka memilih untuk tidak mengendahkannya, malah dengan bangganya mengakui mempunyai kad pengenalan, MyKad, seperti warganegara Malaysia yang lain.
“Saya minta mereka mematuhi peraturan tempat letak kereta, tetapi mereka enggan dan mendakwa mereka dilahirkan di Malaysia dan mempunyai kad pengenalan Malaysia.
Sikap yang sangat biadap. Tolong hormati peraturan Malaysia apabila anda berada di sini. Kelakuan biadap seperti ini tidak perlu.”
Video – @shezlinaa (Threads)Perkongsian yang tular itu telah mendapat pelbagai reaksi ramai pengguna media sosial. Walaupun ramai yang mengecam sikap dua wanita warga asing itu, seorang warganet pula meluahkan rasa hairannya apabila mereka mengakui sebagai warganegara Malaysia.
Foto – @tsfern (Threads)Apa pendapat kamu?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary

4 hours ago
2





































![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)




![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)






