Wajah Baharu, Lebih Segar & Padat- Wanita Hari Ini Inspirasi Tanpa Sempadan

6 hours ago 3

Program bual bicara wanita popular TV3, Wanita Hari Ini (WHI) bakal tampil dengan wajah baharu menerusi pendekatan yang lebih segar dan dinamik, memperluas kehadirannya merangkumi televisyen dan platform digital dengan kandungan yang lebih relevan buat wanita masa kini.

Bermula 13 September ini, WHI akan menemui penonton menerusi slot baharu setiap Ahad, jam 2.00 hingga 3.00 petang, dengan menampilkan segmen utama seperti WHI Trend, WHI Cantik, WHI Menu, WHI Curhat, WHI Kasih, Pesona Nona, selain topik perbincangan semasa yang dekat dengan kehidupan wanita masa kini.

Wanita Hari Ini (WHI) Inspirasi Tanpa Sempadan

Selain pengisian utama pada hujung minggu, WHI turut mendekati penonton menerusi WHI Vibe, segmen ringkas berdurasi lima minit yang akan disiarkan Isnin hingga Jumaat, jam 12.00 tengah hari. Kandungan digital baharu WHI pula akan dimuat naik pada jam 12.00 tengah hari menerusi platform digital rasmi, memberikan lebih banyak peluang kepada penonton untuk mengikuti perkembangan dan inspirasi daripada WHI pada bila-bila masa.

Jadual siaran baharu:

  • WHI Vibe: Isnin-Jumaat, 12.00-12.15 tengah hari
  • WHI: Ahad, 2.00-3 petang

Pelbagai pengisian dalam WHI yang lebih segar:

  • WHI Trend: Menampilkan pelbagai trend semasa dalam gaya hidup, hobi, dekorasi, fesyen dan petua harian.
  • WHI Cantik: Berkongsi topik kecantikan dan kesihatan, termasuk penjagaan diri serta isu kesihatan kulit dan tubuh.
  • WHI Menu: Menyentuh tentang resipi mudah, hidangan bajet, makanan tular serta ulasan tempat makan.
  • WHI Curhat: Mengangkat kisah kehidupan yang menyentuh hati termasuk tentang cinta, kehilangan, keluarga, kerjaya dan cabaran yang dilalui. 
  • WHI Kasih: Meneroka pelbagai aspek hubungan dalam keluarga, percintaan dan persahabatan.
  • Pesona Nona: Temu bual bersama selebriti dan wanita inspirasi untuk menyelami kisah, pengalaman serta sisi peribadi mereka.

Bergandingan Dengan 3 Wajah Baharu

Perubahan ini turut menyaksikan WHI memperluas barisan hosnya apabila Fiza Sabjahan, Syahira Izzaty dan Sugeeta Chandran akan bergandingan bersama tiga wajah baharu iaitu Hanna Faresha, Nurin Razmyn dan Izza Izelan. Kesemua perkembangan ini diperkenalkan menerusi sidang media yang berlangsung hari ini di Balai Berita, Bangsar.

Di sebalik penambahan barisan hos, setiap wajah baharu hadir dengan latar belakang serta kepakaran tersendiri. Hanna Faresha, pelakon berbakat dan ikon gaya hijab; Nurin Razmyn, seorang pempengaruh; serta Izza Izelan, wartawan penyiaran berpengalaman, bakal melengkapi barisan hos sedia ada dengan perspektif masing-masing.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti media sosial Wanita Hari Ini (WHI).

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

3

Star

Star

4

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |