Kalau anda fikir kandungan Islamik hanya berkisar tentang ceramah atau kisah agama yang serius, mungkin sudah tiba masa untuk ubah perspektif.
TV AlHijrah kini tampil dengan empat karya baharu yang cuba membawa nilai Islam, kemanusiaan dan mesej kehidupan menerusi penceritaan yang lebih segar.
Menariknya, empat karya ini boleh ditonton terlebih dahulu menerusi platform penstriman AlHijrah Plus (AH+) sebelum disiarkan di saluran TV AlHijrah seminggu kemudian.
Empat cerita, empat persoalan kehidupan
Antara yang diperkenalkan ialah telefilem Bersuara Tapi Tak Didengar arahan Heykal Hanifah. Dibintangi Nafiz Muaz, Rusdi Ramli dan Dato’ Hilal Azman, kisah ini mengikuti seorang peguam muda yang berdepan cabaran akibat sindrom Tourette.
Persoalannya, sejauh mana kita benar-benar memahami seseorang sebelum membuat penilaian?
Kemudian ada Mistik Bilik Mayat, drama bersiri lapan episod arahan Rashid Sibir yang membawa penonton menyelami persoalan kematian dan kepercayaan mistik daripada perspektif Islam.
Barisan pelakonnya pula cukup menarik, antaranya Khir Rahman, Siti Elizad, Omar Abdullah dan Datuk Fauziah Nawi.
Nasyid, paranormal dan peluang kedua di TV AlHijrah
Kalau anda mahukan sesuatu yang lebih ‘lain macam’, Ghost Buskers mungkin boleh masuk dalam watchlist.
Drama arahan Eoon Shuhaini ini menggabungkan nasyid, dakwah, ruqyah dan penyiasatan paranormal dalam sebuah kisah patuh syariah. Siri terbitan Sha’s Media itu menampilkan UNIC, Nabila Razali, Sharifah Rose dan Jazmy Juma.
Melengkapkan barisan karya ialah Azan Terakhir Seorang Banduan, arahan Jamal Khan yang mengetengahkan perjalanan keinsafan seorang bekas banduan untuk mencari ketenangan dan peluang kedua.
Redza Rosli, Rosnah Johari, Zaidi Omar dan Amir Khan antara pelakon yang menjayakan telefilem ini.
Bagi TV AlHijrah, drama bukan sekadar hiburan. Setiap cerita boleh menjadi ruang untuk kita melihat semula isu seperti prasangka, keadilan, kepercayaan, taubat dan erti peluang kedua.
Dengan lebih 300,000 peminat, AH+ kini menjadi antara langkah TV AlHijrah untuk mendekati penonton digital.
Tapi, yang mana satu paling buat anda tertanya-tanya?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
5
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary

4 hours ago
4






![[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/1-3.webp)



![[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-9.webp)

![[VIDEO] Mak Ayah Kena Alert! ‘Squishy Dumpling’ Didakwa Ada Bahan Kimia Yang Berbahaya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/3-2.webp)

![[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-2.webp)























![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)





![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)






