Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

5 hours ago 3

Pendakwah bebas PU Riz, atau nama sebenarnya Haris Ismail kembali menjadi bualan ramai selepas menyuarakan pendapat peribadinya mengenai pemeliharaan anjing di Malaysia.

Menerusi platform Threads, PU Riz mendedahkan bahawa pendapatnya itu berlandaskan agama Islam dan juga kaedah mazhab yang diamalkan di negara ini.

Jelasnya, anjing biasanya dipelihara untuk menjaga kawasan kebun dan seumpamanya, namun ia tidak relevan untuk masyarakat di bandar memeliharanya.

“Kalau tak keberatan, orang awam di Malaysia tak boleh dah pelihara anjing. Ini juga saranan agama (Islam). Mazhab (Syafie) kita memberi had yang sangat tinggi yang mana orang di bandar tak perlu dan pakai kaedah ini (jaga kebun etc).”

Pendapat peribadinya itu dibuat selepas terdapat banyak insiden serangan anjing terhadap orang awam, terutamanya kanak-kanak. Baginya, haiwan berkenaan boleh mendatangkan risiko jika tidak dikawal dengan baik.

“Kesian tengok beberapa orang nak pergi sekolah kena gigit. Ada yang sampai maut. Saya personally tak suka dengan kehadiran anjing baik di rumah jiran bukan Islam mahupun anjing liar. Maaf jika tidak setuju.”

Pendapat PU Riz Tuai Kecaman 

Walau bagaimanpun, pandangan peribadi pendakwah bebas itu menuai pelbagai reaksi termasuklah kecaman daripada orang ramai.

Segelintirnya tidak bersetuju dengan pendapatnya apabila mereka menegaskan bahawa Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Manakala ada juga pihak yang mengingatkannya bahawa anjing juga makhluk ciptaan Tuhan dan pemilik anjing bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga haiwan peliharaannya.

Apa pendapat kamu?

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

2

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |