Apa Jadi Bila Semua Juruterbang & Kru Kabin AirAsia Buat Saringan Dadah?

5 hours ago 4

Bila naik kapal terbang, perkara paling penting tentunya sampai ke destinasi dengan selamat.

Tapi pernahkah anda terfikir, bagaimana syarikat penerbangan memastikan juruterbang dan kru kabin benar-benar berada dalam keadaan terbaik sebelum menjalankan tugas?

Terbaharu, AirAsia Malaysia (AK) dan AirAsia X Malaysia (D7) melengkapkan saringan dadah terhadap semua kru operasi aktif, termasuk juruterbang dan kru kabin.

Hasilnya? 100% keputusan saringan adalah negatif.

Semua Kru AirAsia Jalani Saringan Dadah

Saringan berkenaan melibatkan keseluruhan kru operasi aktif AirAsia dan AirAsia X Malaysia.

Ia merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan kumpulan berkenaan dalam memastikan aspek keselamatan, sekuriti serta tahap kecergasan kru untuk bertugas sentiasa berada pada tahap yang ditetapkan.

Bagi penumpang, perkara ini mungkin nampak seperti sesuatu yang kecil.

Tetapi sebenarnya, ia memainkan peranan besar dalam memastikan setiap penerbangan dikendalikan oleh kru yang benar-benar fit-to-fly.

Menurut Group Chief Operations Officer AirAsia Group, Captain Suresh Bangah, keselamatan dan sekuriti merupakan asas kepada setiap operasi AirAsia.

Malah, syarikat itu mempunyai toleransi sifar terhadap penggunaan dadah, dengan juruterbang dan kru kabin tertakluk kepada keperluan ketat sebelum dibenarkan menjalankan tugas.

Bukan Sekadar Saringan Sekali Sahaja

AirAsia

Menariknya, pemeriksaan ini bukan satu-satunya langkah yang digunakan.

AirAsia turut melaksanakan ujian dadah dan alkohol secara berkala sebagai sebahagian daripada rangka kerja keselamatan kumpulan.

Maksudnya, aspek kecergasan kru bukan perkara yang boleh dipandang ringan.

Bayangkan seorang juruterbang atau kru kabin perlu membuat keputusan dan bertindak pantas dalam situasi tertentu. Jadi, memastikan mereka berada dalam keadaan fizikal dan mental yang sesuai untuk bertugas sememangnya sangat penting.

AirAsia turut menegaskan bahawa standard ketat berkenaan akan terus dikekalkan selaras dengan keperluan peraturan dan amalan terbaik industri.

Keselamatan Penumpang Tetap Keutamaan

Dalam masa sama, AirAsia merakamkan penghargaan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan proses saringan tersebut.

Bagi MURAI, berita seperti ini mungkin tidak semeriah pengumuman laluan baharu atau tambang promosi.

Namun, ia mengingatkan kita bahawa di sebalik setiap penerbangan yang kita naiki, ada banyak prosedur dan pemeriksaan yang dilakukan untuk memastikan perjalanan berlangsung dengan selamat.

Akhirnya, sebelum pesawat berlepas, keselamatan tetap menjadi perkara nombor satu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0

The post Apa Jadi Bila Semua Juruterbang & Kru Kabin AirAsia Buat Saringan Dadah? appeared first on Murai MY.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |