“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

6 hours ago 4

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang.

Ada yang berkongsi gambar di majlis pengebumian, menyiram pusara keluarga, malah ada juga yang merakam dari pelbagai sudut seolah-olah setiap detik perlu dijadikan kandungan.

Perkara itu turut mendapat perhatian netizen di Threads yang mengingatkan satu perkara mudah tetapi cukup penting: tidak semua momen perlu menjadikan kita sebagai watak utama.

Pusara

“Kenang si mati. Pusara bukan props,” tulis seorang pengguna Threads.

Teguran itu kemudian membuka ruang kepada ramai pengguna lain untuk berkongsi pengalaman masing-masing.

Ketika kehilangan, telefon bukan keutamaan

Seorang pengguna menceritakan pengalaman ketika bapanya meninggal dunia.

Katanya, ada individu bertanya sama ada mereka mengambil gambar wajah jenazah selepas dikafankan kerana mahu melihat dan menjadikannya sebagai kenangan.

Namun, ketika itu telefon langsung bukan perkara yang terlintas di fikiran.

Mereka baru kehilangan seorang ayah yang menjadi tonggak keluarga. Dalam keadaan masih cuba menerima kenyataan dan menanggung rasa sedih, mengambil gambar adalah perkara terakhir yang difikirkan.

Pusara

Dan bukankah itu sesuatu yang sangat manusiawi?

Ada juga netizen lain yang mengaku semakin perasan dengan trend “story” ketika majlis kematian.

“Perasan jugak sebenarnya, macam oversharing kematian lately,” tulis seorang lagi pengguna.

Bagi mereka, ketika sedang berduka, telefon mungkin langsung tidak dipedulikan. Malah, untuk membuka semula gambar dan video selepas bertahun-tahun pun bukan sesuatu yang mudah.

Kenangan tak semestinya perlu dirakam

MURAI faham, setiap orang mempunyai cara berbeza untuk menghadapi kehilangan.

Ada yang mahu berkongsi sebagai tanda penghormatan, ada yang mencari sokongan dan ada juga yang sekadar mahu menyimpan kenangan.

Namun, mungkin ada baiknya kita berhenti sekejap dan bertanya kepada diri sendiri sebelum menekan butang rakam.

Adakah ini benar-benar untuk mengenang si mati, atau sekadar kerana kita rasa setiap momen perlu dikongsi?

Dalam era semua benda boleh menjadi content, mungkin ada sesetengah perkara yang lebih baik kekal sebagai kenangan peribadi.

Kerana ketika seseorang sedang pergi buat selama-lamanya, perkara paling utama bukan kamera, telefon atau jumlah tontonan.

Tetapi manusia yang sedang kita kehilangan.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

4

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |