Siapa kata jeans hanya sesuai untuk satu gaya? Bagi pelakon Nam Ron, denim boleh digayakan mengikut personaliti dan cara tersendiri.
Nam Ron menjadi antara barisan figura tempatan
Nam Ron menjadi antara barisan figura tempatan yang dipilih UNIQLO untuk menghidupkan koleksi denim terbaharunya, khususnya siri EZY Jeans yang memberi penekanan terhadap keselesaan tanpa mengabaikan gaya.
Turut bersama dalam kempen ini ialah Zizan Razak, Diana Danielle, Qasrina Karim, Irfan Zaini, Jack Tan dan Shweta Sekhon. Menariknya, setiap seorang tampil dengan pendekatan styling berbeza, membuktikan satu perkara denim memang versatile dan boleh masuk dengan pelbagai vibe.
EZY Jeans: Nampak Seperti Denim, Selesa Seperti Sweatwear?
Di tengah-tengah koleksi ini ialah siri EZY Jeans yang menampilkan EZY Ultra Stretch Jeans, EZY Barrel Jeans dan EZY Wide Straight Jeans.
Apa yang membezakan siri ini adalah penggunaan fabrik inner pile yang dibangunkan khas. Ia memberikan penampilan denim yang autentik, tetapi dengan tekstur lebih lembut dan selesa seperti sweatwear.
Maksudnya, anda masih boleh dapat look jeans yang kemas tanpa perlu berkompromi dengan keselesaan. Sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak atau mahu memakai denim dari pagi sampai malam tanpa rasa terlalu rigid. Win-win, bukan?
Dari Gaya Kemas Hingga Baggy
Selain EZY Jeans, koleksi ini turut memperkenalkan pilihan seperti High-Rise Wide Jeans, Baggy Jeans, Baggy Barrel Jeans dan JW Anderson Straight Jeans.
Ada yang sesuai untuk gaya lebih clean dan polished, manakala pilihan baggy pula boleh memberikan penampilan santai serta lebih fashion-forward.
Setiap potongan membawa karakter berbeza, jadi persoalannya, anda lebih selesa dengan gaya straight, wide atau baggy?
Semua gaya yang ditampilkan dalam koleksi ini dijual pada harga RM149.90. Dengan pilihan yang pelbagai serta fokus terhadap keselesaan, koleksi ini membuktikan bahawa denim hari ini bukan lagi sekadar tentang penampilan.
Kadang-kadang, yang paling penting ialah bagaimana sesuatu pakaian membuatkan kita rasa yakin apabila memakainya. Dan seperti kata orang, biar sederhana, asalkan kena gaya.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
1
Star
Star
3
Sad
Sad
Weary
Weary

16 hours ago
8













![[VIDEO] Baru Nak Goreng Popadom, Sekali Ada Kesan Tapak Kaki- Netizen Kongsi Jenama Halal & Selamat Dibeli](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/1-3.webp)



![[VIDEO] Buat Isyarat Tangan Semasa Miss World 2026, Sikap Miss World Paraguay Tuai Kontroversi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/picture-9.webp)

![[VIDEO] Mak Ayah Kena Alert! ‘Squishy Dumpling’ Didakwa Ada Bahan Kimia Yang Berbahaya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/3-2.webp)

![[VIDEO] Mengaku Ada MyKad, Sikap 2 Minah Saleh ‘Cop’ Parkir Cetus Kemarahan](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-2.webp)

















![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)




![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)







![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)
