Bekas penyanyi Disney, Jordan Pruitt telah menuduh penyanyi Miley Cyrus membulinya ketika mereka masih remaja.
Dakwaan itu telah mencuri perhatian ramai apabila sebuah akaun di Reddit telah menangkap layar komen Jordan mengenai dirinya yang dibuli Miley.
Bekas Penyanyi Disney Dakwa Dibuli
Berdasarkan tangkapan layar tersebut, Jordan meninggalkan komen mengenai dirinya dibuli di video Miley yang mengejek Demi Lovato dan juga Selena Gomez.
“Beginilah cara Miley melayan semua orang pada zaman dahulu termasuk saya lol.”
Foto – RedditMelihat komen Jordan, salah seorang pengguna TikTok memintanya untuk berkongsi cerita dengan lebih lanjut mengenai dakwaan dibuli oleh Miley. Kongsi Jordan, Miley bersama rakannya akan mengejek penampilannya sehingga dia berasa tidak yakin dengan diri sendiri.
“Miley selalu menghubungi saya dan meninggalkan mesej suara yang tidak menyenangkan dengannya dan rakannya bernama Mandy yang mengatakan saya memerlukan pembedahan hidung, gigi baharu dan seorang koreografer.”
Pendedahan tersebut telah membuatkan ramai peminat Miley terkejut. Kenyataan Jordan membuat peminat mahukan jawapan sebenar, manakala wakil Miley Cyrus belum memberikan komen mengenai dakwaan bekas penyanyi Disney itu.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
4
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary

1 day ago
9








![[VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/14-1.webp)
































![[VIDEO] Penampilan Sharifah Sakinah Di Premier ‘Tarung: Unforgiven’ Dikecam- “Acah Pelakon Hollywood”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-12.webp)
![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)






