Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

5 hours ago 6

Seorang individu di platform Threads, dikenali dengan nama Mahenk Lesmana, telah mencuri perhatian selepas berkongsi pengalaman yang agak melucukan.

Dalam hantarannya itu, Mahenk mendedahkan bahawa dia tersalah anggap Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah sebagai bapa daripada golongan sederhana.

Foto – @jisbrunei (IG)

Mahenk menceritakan reaksi pertamanya ketika melihat gambar graduasi yang menampilkan seorang anak perempuan memegang tangan bapanya. Kongsinya, dia bersimpati melihat pakaian yang cukup ringkas semasa menghadiri majlis graduasi sang anak.

“Apabila saya melihat foto itu, saya berasa kasihan pada lelaki ini kerana pakaiannya begitu ringkas ketika menghadiri majlis graduasi anaknya.”

Namun sangkaannya meleset selepas mengetahui identiti sebenar “bapa” tersebut. Perkara itu membuatkan Mahenk berseloroh, simpati dengan dirinya selepas mengetahui identiit Sultan Brunei.

“Selepas saya mengetahui siapa dia, saya berasa kasihan pada diri sendiri.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terhibur dan ada segelintirnya berkongsi bahawa Sultan Brunei gemar mengenakan penampilan sederhana seperti itu.

Foto – @jisbrunei (IG)

Untuk makluman semua. Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah telah menamatkan pengajian di Jerudong International School (JIS). Selain daripada Sultan Brunei, kakandanya iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel turut hadir bagi meraikan hari bersejarahnya.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |