Hantaran seorang wanita di platform Threads baru-baru ini mencuri perhatian selepas memuat naik gambar dan video ayam gepuk yang dibeli oleh suaminya.
Menerusi hantarannya itu, wanita dikenali dengan nama Amira berkongsi bahawa dia meminta suaminya untuk membungkus ayam gepuk daripada jenama popular yang baru dibuka di Kota Bharu, Kelantan.
Foto – @mierascha (Threads)Terima Ayam Gepuk Berbulu
Berniat mahu mencuba menu popular daripada cawangan tersebut, wanita itu mendedahkan telah menerima bahagian ayam yang masih dalam keadaan berbulu.
“Minta husband tapaukan ayam gepuk Top Global, first time nak try sebab baru buka kat KB (Kota Bharu). Sekali dapat ayam berbulu lagi. Kitonyo 3 bulan tak makan ayam gepuk sebab berpantang, nohh sekali dapat gepuk berbulu.”
Hantaran itu secara tidak langsung telah mengundang perhatian ramai warganet, apabila ada yang berkongsi rasa geli dan pernah menghadapi situasi yang sama.
“Saya pun ada jugak kena dengan ayam Top Global rasa ayam tu pelik macam ayam semalam punya tepung tebal now macam double coated. Kita dahla first time try.”
“Weh I pernah kena sekali. Ada bulu kat kepak. Lepas dari tu terus tak makan sebab geli. Pastu tengok keadaan dapur dia, terus sampai sekarang tak makan gepuk.”
“Saya pernah dapat jugak ayam ada bulu kat Top Global. Nasib baik makan kat situ. Saya panggil staf cakap ayam ada bulu, nak tukar baru.”
Untuk rekod, pihak Top Global mengakui perkara itu tidak sepatutnya berlaku dan telah meminta Amira untuk menghubungi mereka untuk tindakan lanjut.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
2
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary

4 hours ago
4

















































