“Lepas Ni Jalan 20K Steps”- IOI City Mall 3 Sedang Dibina, Netizen Suruh Sambung Sampai UPM

16 hours ago 6

Kalau anda rasa IOI City Mall sekarang ini sudah cukup besar untuk buat kaki lenguh selepas berjalan satu pusingan, nampaknya kena bersedia untuk lebih banyak ‘workout’ selepas ini.

Menerusi perkongsian di Threads, orang ramai mula teruja melihat perkembangan IOI City Mall 3 yang kini sedang dalam pembinaan.

Satu hantaran ringkas mencuri perhatian apabila pengguna menulis, “IOI City Mall 3 otw gais. Lepas ni jalan 1 mall kumpul 20k steps.”

 IOI City Mall 3

 IOI City Mall 3

Baca pun dah boleh bayangkan betapa jauhnya nak berjalan nanti. Nak pergi makan, shopping atau tengok wayang pun mungkin boleh cukup target langkah harian.

“Kenapa Tak Sambung IOI City Mall 3 Sampai UPM Je?”

Dalam ruangan komen, ada satu respons yang buat ramai tergelak:

“Kenapa dia tak sambung sampai UPM je?”

Komen ini memang win. Kalau betul-betul disambung sampai Universiti Putra Malaysia (UPM), memang bukan lagi sekadar shopping mall. Dah macam laluan maraton.

Seperti yang ramai tahu, IOI City Mall sendiri sudah mempunyai kawasan yang luas selepas melalui pembangunan fasa pertama dan kedua. Kehadiran fasa baharu ini pula pastinya menambahkan lagi pilihan untuk pengunjung.

Bagi MURAI, keterujaan netizen itu memang boleh difahami. Lagi besar mall, lagi banyak kedai, restoran dan aktiviti yang boleh diterokai.

Cuma satu perkara yang perlu disediakan ialah kasut paling selesa. Jangan sampai niat asal nak shopping, tetapi akhirnya rasa macam baru habis hiking.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

1

Star

Star

1

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |