Check Dulu! Ini Harga Terkini Minyak Masak 2026 Untuk Botol Dan Paket

10 hours ago 49

Di saat ramai ‘pening’ dengan kenaikan harga barang dapur, minyak masak nampaknya masih ‘setia’ kekal pada harga lama untuk April 2026. Walaupun pelbagai harga barangan dapur dilihat meningkat sejak kebelakangan ini, minyak masak menjadi antara keperluan asas yang masih berjaya mengekalkan harga stabil bagi April 2026.


Menurut penetapan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), harga siling minyak masak kekal seperti sebelum ini, walaupun harga minyak sawit mentah global ada menunjukkan peningkatan. Keputusan ini jelas bertujuan menjaga poket rakyat, khususnya golongan B40 yang bergantung kepada barangan keperluan asas.

Harga Minyak Masak April 2026 Masih Sama, Masih Lega

Untuk minyak masak dalam botol, berikut ialah harga maksimum runcit yang ditetapkan di seluruh negara:

  • 1kg: RM6.90
  • 2kg: RM13.30
  • 3kg: RM19.60
  • 5kg: RM30.90

Manakala minyak masak bersubsidi dalam polibeg 1kg pula kekal pada harga RM2.50 ya, masih harga ‘legend’ yang ramai harapkan tak berubah.

Jangan Terpedaya Harga ‘Kayangan’

Menariknya, masih ada rungutan netizen yang terserempak minyak paket dijual lebih mahal RM3, RM3.50, malah ada yang cecah RM4. Tapi ingat, harga rasmi tetap RM2.50. Kalau nampak harga pelik-pelik, itu memang dah “red flag”.

Pihak berkuasa tak main-main. Mana-mana peniaga yang ingkar boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. Jadi, pengguna dinasihatkan untuk lebih peka dan berani lapor.

Hraga minyak masak dalam botol
Harga minyak masak dalam polibeg

Warga Asing ‘Auto Out’

Sejak 1 Mac 2026, ada satu perubahan besar, asing kini tidak lagi dibenarkan membeli minyak masak paket bersubsidi. Langkah ini dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengelakkan ketirisan subsidi.
Kiranya, minyak paket RM2.50 ini memang eksklusif untuk rakyat Malaysia sahaja.

Scan Dulu Baru Boleh Beli

Nak beli minyak subsidi pun dah makin ‘tech-savvy’. Kini, pengguna perlu guna sistem eCOSS dengan pengesahan MyKad. Begini prosesnya:

  1. Imbas kod QR di kedai
  2. Sahkan identiti
  3. Pilih kuantiti
  4. Bayar RM2.50

Semua rekod terus masuk sistem. Mudah dan telus.

Kuota Pun Ada, Tak Boleh Borong Sakan

Setiap isi rumah biasanya dihadkan sekitar 1 hingga 2 paket sebulan. Walaupun nampak sedikit, langkah ini penting untuk pastikan semua yang layak dapat bahagian masing-masing.

Pendek kata, harga minyak masak masih terkawal, minyak paket kekal RM2.50, sistem makin ketat dengan eCOSS dan tetap ranya rakyat Malaysia layak beli subsidi. Kestabilan harga minyak masak ini memang satu ‘win kecil’ untuk rakyat.

Bagi Murai,  kestabilan harga ini memang satu kelegaan, tapi cabaran sebenar adalah memastikan bekalan sentiasa cukup, mudah didapati, dan tidak dimanipulasi. Sebab bagi rakyat, bukan sekadar harga murah yang penting tetapi akses yang konsisten dan adil.

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |