Menjijikkan! Hampir Habis Makan, Individu Baru Sedar Ada ‘Keropok’ Cicak

16 hours ago 6

Hantaran seorang lelaki di platform Threads mencuri perhatian apabila mendakwa menemui bangkai seekor cicak dalam bungkusan jajan dibelinya.

Berdasarkan gambar dan video yang dimuat naik, lelaki berkenaan pada mulanya menikmati jajan seperti biasa sebelum menyedari objek asing di dalam bungkusan tersebut.

Namun setelah memeriksa dengan lebih dekat, objek asing itu merupakan bangkai cicak yang telah bercampur bersama jajan tersebut.

“Wtf ada cicak kering dalam jajan aku 😭🤮”

Penemuan Bangkai Cicak Dalam Jajan

Perkongsian lelaki itu mengundang pelbagai reaksi, termasuklah apabila sesetengahnya meluahkan rasa jijik dan menghadapi pengalaman yang sama seperti lelaki berkenaan.

CicakFoto – @_pxxh77 (Threads)

“Ya Allah, haritu pun aku kena macam ni.”

“Nasib baik awak perasan. Saya dulu tergigit putung rokok dalam paket asam kulit limau plastik hitam.”

“Musim cicak ke apa. Sekarang ni dah geli nak makan makanan tin, botol, next jajan.”

Pada masa yang sama, MURAI berharap orang ramai untuk memeriksa makanan atau minuman yang sebelum menikmati bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

5

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |