Kalau seseorang berubah bentuk badan selepas berkahwin atau mempunyai anak, adakah itu bermakna mereka tidak lagi layak menerima komen positif?
Persoalan itu timbul selepas seorang netizen meninggalkan komen mengenai perubahan fizikal penyanyi Najwa Latif, yang kemudiannya mendapat perhatian penyanyi dan rapper, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari atau Bunga.
Netizen Komen Tubuh Najwa Latif
Menerusi komen yang dikongsikan, seorang netizen menulis, “Alamak ini yang takut nak kawin, takut nak ada anak 😭 ghisau jadi bolat macam ni🥹”.
Komen berkenaan jelas menyentuh mengenai perubahan fizikal selepas berkahwin dan mempunyai anak.
Namun, nampaknya Bunga tidak berdiam diri apabila tampil memberikan pesanan yang agak pedas kepada individu tersebut.
Bunga Pertahan Najwa Latif
Bunga berkata, Najwa tidak perlu risau dengan komen sebegitu kerana penyanyi itu mempunyai suami yang menyayangi dirinya tanpa mengira rupa atau bentuk fizikal.
Dalam masa sama, Bunga turut menyindir individu berkenaan dengan mengaitkan komen tersebut dengan soal jodoh.
Antara yang menarik perhatian ialah kata-kata Bunga mengenai lelaki yang mungkin meninggalkan wanita kerana sikap dan mulut yang dianggap terlalu celupar.
Perlu Ke Komen Tubuh Orang?
Bagi MURAI, isu ini sebenarnya membuka satu persoalan muda, kenapa perubahan tubuh seseorang masih menjadi bahan untuk dikomen?
Badan berubah, berat naik atau turun, semuanya sebahagian daripada kehidupan. Lagi-lagi selepas berkahwin, mengandung atau melalui fasa kehidupan yang berbeza.
Netizen memang bebas bersuara, tetapi bebas bercakap bukan bermaksud semua perkara perlu dikomen.
Kadang-kadang, apa yang kita anggap sekadar gurauan boleh jadi sesuatu yang mengguris hati orang lain.
Jadi, sebelum taip komen, mungkin boleh pause sekejap. Tanya diri sendiri kalau ayat yang sama ditujukan kepada kita, kita okay ke?
Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
4
Sad
Sad
Weary
Weary

2 hours ago
2















![[VIDEO] Gelagat Ibu Bapa Dalam Kelas Antenatal Buat Ramai Dekah- “1 Je Normal Yang Lain Rosak”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/2-5.webp)



![[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/09/9.webp)

















![[VIDEO] Sheila Majid Buka Tirai Jiwa Merdeka, Ombak KLCC Jadi Pentas Budaya Malaysia](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/WhatsApp-Image-2026-08-29-at-15.31.35-3.webp)









![[VIDEO] Shuib Bawa Mamat Ziarah Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Titip Doa-“Pedih Bang Lalu Benda Macam Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/28d67e29-4227-4184-9391-aba0de20cceb.webp)



