Bermula Dengan RM250, Asyraf & Nazrin Kini Bawa Syed Saddiq Bersama Larenme

4 hours ago 1

Bermula dengan RM250, siapa sangka ia akhirnya membawa kepada sebuah agensi yang kini mempunyai lebih 15 kakitangan?

Itulah perjalanan Pengarah Eksekutif Larenme PR & Media, Asyraf Khalid, dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nazrin Kamal.

Namun, di sebalik angka dan perkembangan Larenme, ada satu cerita yang lebih menarik untuk kita kenali, tentang dua sahabat yang bermula dengan keyakinan, saling melengkapi dan berani mengambil peluang ketika orang lain mungkin masih berkira-kira.

Bermula Dengan Satu Permintaan Mudah

Semuanya tercetus apabila Asyraf mula menghubungkan jenama dengan influencer serta selebriti yang dikenalinya.

Apabila melihat peluang itu semakin berkembang, timbul satu persoalan: bagaimana bayaran daripada klien hendak disalurkan?

Jawapannya datang daripada sahabat baiknya lebih 10 tahun, Nazrin.

“Aku nak guna account company kau boleh?”

Daripada situ, Nazrin bersetuju menerima RM250 bagi setiap transaksi. Tetapi seperti kata orang, rezeki jangan ditolak.

RM250 berubah menjadi RM500, kemudian perbincangan mengenai pegangan syarikat sehingga akhirnya mereka bersetuju dengan pemilikan 50/50.

Asyraf Pemikir, Nazrin Pelaksana

Menariknya, kedua-duanya mengakui mempunyai karakter kerja yang berbeza.

“Asyraf pemikir, saya pelaksana,” kata Nazrin.

Asyraf pula dikenali sebagai individu yang suka mencetuskan idea, malah kadang-kadang boleh menelefon Nazrin pada jam 2 pagi dengan idea yang mahu dilaksanakan keesokan harinya.

Bunyi macam chaos? Mungkin.

Tetapi di situlah kekuatan mereka. Seorang melihat kemungkinan, seorang lagi memastikan idea itu bergerak.

Mesyuarat pertama mereka pula berlangsung di cigar lounge The Majestic Hotel Kuala Lumpur, lengkap dengan komputer riba, pembentangan dan unjuran aliran tunai.

Daripada empat kakitangan pada 2024, Larenme kini berkembang kepada lebih 15 pekerja dan mengurus pelbagai klien termasuk korporat, GLC, syarikat multinasional dan PKS.

Dari “Anak Dato’ K” Kepada Pembuka Pintu

Bagi Asyraf, Larenme mempunyai makna yang lebih peribadi.

Beliau mengakui sepanjang hidupnya, identitinya sering dikaitkan dengan individu di sekelilingnya.

Kini, beliau mahu cerita itu berubah.

“Ramai orang dah buka pintu untuk saya. Larenme ialah cara saya buka pintu itu untuk orang lain.”

Ayat itu mungkin menjadi antara perkara paling kuat daripada perjalanan Larenme.

Kerana pada akhirnya, kejayaan bukan hanya tentang siapa yang berjaya sampai dahulu. Tetapi tentang berapa ramai yang kita boleh bawa bersama selepas kita berjaya membuka pintu.

Dan mungkin itulah inspirasi terbesar daripada kisah Asyraf dan Nazrin, jangan terlalu tunggu semuanya sempurna untuk bermula.

Kadang-kadang, yang diperlukan hanyalah seorang sahabat, satu peluang dan keberanian untuk berkata, “Jom kita cuba.”

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

3

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |