Pengunjung Pavilion Bukit Jalil Kecewa Dengan Keadaan Surau- “Sedih, Mall Bawa Nama Besar”

7 hours ago 3

Kemudahan surau di pusat beli-belah memang jadi antara perkara yang ramai pengunjung hargai. Lagi-lagi bila dah penat berjalan, mesti nak cari ruang yang selesa untuk menunaikan solat. Namun, baru-baru ini satu perkongsian mengenai keadaan surau di Pavilion Bukit Jalil mencuri perhatian ramai.

Pengunjung Pavilion Bukit Jalil Kecewa Dengan Keadaan Surau

Seorang pengguna meluahkan rasa kecewanya dengan menulis,

“Sedih, mall bawak nama besar, tapi lantai surau macam macam nak tak nak je buat. Harap management ni aware dan ambil tindakan sepatutnya.”

Pavilion Bukit Jalil Pengunjung Pavilion Bukit Jalil Kecewa Dengan Keadaan Surau

Menerusi gambar yang dikongsikan di Threads, jelas kelihatan beberapa bahagian lantai jenis vinyl sudah rosak, menggelembung dan tertanggal. Keadaan itu bukan saja mencacatkan pemandangan, malah berpotensi mengundang bahaya terutama kepada warga emas dan kanak-kanak yang menggunakan surau berkenaan.

Pavilion Bukit Jalil Ambil Maklum

Dalam masa sama, difahamkan pihak pengurusan sudah mengambil maklum mengenai isu tersebut. Ruangan komen pula dipenuhi pelbagai cadangan daripada netizen yang berharap penyelesaian lebih tahan lama dapat dilakukan.

Ada yang mencadangkan agar lantai vinyl digantikan dengan jubin kerana lebih lasak dan mudah diselenggara. Malah, seorang netizen turut mengingatkan pengguna supaya sama-sama menjaga kebersihan dan kemudahan surau.

“Management kena tukar tiles je… letak karpet nanti kepam, letak vinyl lekang. Cuma pengguna kena berpada-pada. Ambil wuduk jangan sampai air memercik satu surau, kalau nak berkahak atau muntah pergi tandas dulu. Kalau bawa anak kecil pun, ajar mereka jangan berlari dalam surau,” tulisnya.

Pengunjung Pavilion Bukit Jalil Kecewa Dengan Keadaan Surau

Pavilion Bukit Jalil

Bagi MURAI, isu ini bukan sekadar tentang lantai yang rosak. Ia juga mengingatkan kita bahawa kemudahan awam perlu dijaga oleh dua pihak — pengurusan yang menyediakan fasiliti terbaik dan pengguna yang menggunakannya dengan penuh tanggungjawab. Kalau dua-dua main peranan, barulah ruang ibadah kekal selesa, bersih dan selamat untuk semua.

Thumbs

Thumbs

3

Hearts

Hearts

5

Haha

Haha

2

Star

Star

1

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |