HABIB Rai Bulan Merdeka Dengan MY Corak Gold Wafer, Sarat Simbolik Malaysia

16 hours ago 5

Sempena bulan Kemerdekaan, HABIB kembali dengan Kempen Merdeka sebagai penghargaan kepada kekayaan warisan budaya Malaysia. Berlangsung dari 1 hingga 31 Ogos 2026 di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara, kempen tahun ini menampilkan pelbagai koleksi barangan kemas eksklusif serta MY Corak Gold Wafer 999.9, yang diinspirasikan daripada keunikan tradisi, seni dan identiti budaya dari setiap pelosok Malaysia.

HABIB Rai Bulan Merdeka Dengan MY Corak Gold Wafer, Sarat Simbolik Malaysia

Bagi MURAI, usaha HABIB ini cukup menarik kerana bukan sekadar memperkenalkan koleksi emas, tetapi turut mengangkat kisah di sebalik budaya yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Memang nice bila sesuatu rekaan bukan hanya cantik dipandang, tetapi ada nilai dan cerita yang ingin disampaikan.

Habib: Setiap Corak Ada Cerita

Melalui MY Corak Gold Wafer, HABIB menggabungkan elemen seni batik dengan simbol-simbol ikonik dari seluruh negara. Huruf “MY” bukan sahaja merujuk kepada Malaysia, malah membawa maksud “milikku” atau “kepunyaanku”, sekali gus menjadikan koleksi ini lebih dekat dengan rakyat.

Sentuhan moden yang dibawa HABIB tetap mengekalkan kehalusan seni tradisional, menjadikan setiap corak sebagai lambang perpaduan dalam kepelbagaian budaya Malaysia.

Dari Utara Hingga Sabah, Semua Diabadikan

Rekaan HABIB MY Corak Gold Wafer menampilkan pelbagai elemen unik seperti penyu belimbing, tapak sulaiman, gasing dan rebana ubi dari Pantai Timur. Malaysia Utara pula diwakili Labu Sayong, sawah padi, Harum Manis, Jambatan Pulau Pinang serta kuih tradisional Peranakan.

Di Malaysia Tengah, HABIB mengetengahkan Bunga Raya, Harimau Malaya, wau, Menara Berkembar Petronas dan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai simbol negara. Sementara itu, Malaysia Selatan menampilkan Rumah Minangkabau, Bakul Sia, Bunga Kesidang, Sang Kancil, nenas, kompang dan tarian Kuda Kepang. Sabah dan Sarawak pula diserikan dengan Gunung Kinabalu, Rafflesia, Burung Enggang Badak serta motif tradisional masyarakat Murut dan Iban.

HABIB Rai Bulan Merdeka Dengan MY Corak Gold Wafer, Sarat Simbolik Malaysia

Bagi MURAI, HABIB berjaya membuktikan bahawa seni warisan boleh diterjemahkan dalam bentuk yang lebih kontemporari tanpa menghilangkan identitinya. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, koleksi MY Corak Gold Wafer ini bukan sekadar wafer emas, malah menjadi simbol kecintaan terhadap Malaysia serta penghargaan HABIB kepada warisan budaya negara.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

4

Star

Star

4

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |