Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo bakal berkahwin dengan kekasih hatinya, Georgina Rodriguez. Bintang itu dikatakan akan berkahwin pada hujung minggu depan di Funchal, kampung halamannya di Pulau Madeira.
Memetik beberapa laporan media antarabangsa, Cristiano dan Georgina akan mengadakan majlis perkahwinan mereka di Katedral Funchal pada hari Sabtu, 8 Ogos 2026, sebelum mengadakan majlis resepsi di hotel lima bintang Savoy Palace.
Untuk makluman semua, sebelum ini muncul khabar angin mengenai pasangan itu akan berkahwin di Quinta da Regaleira di Sintra. Namun khabar angin itu reda selepas tempat itu kekal dibuka kepada orang awam hujung minggu ini.
Tarikh Perkahwinan Cristiano ‘Dibocorkan’ Oleh Pihak Hotel?
Satu sumber berkata pihak hotel juga telah memaklumkan kepada tetamu bahawa dua tingkat dan beberapa kawasan bar akan ditutup pada hari Jumaat dan Sabtu disebabkan oleh acara persendirian.
Ini mengesahkan lagi syak wasangka bahawa perkahwinan pasangan itu akan diadakan di sana.
Sehingga kini, Cristiano atau pun Georgina belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai berita perkahwinan itu. Walau bagaimanapun, pelbagai tanda yang muncul pada hujung minggu telah menjadikan khabar angin perkahwinan itu semakin sukar untuk diabaikan.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
2
Sad
Sad
Weary
Weary

13 hours ago
4



















![[VIDEO] Botol Kicap Jatuh Pecah, Tapi Penemuan 2 Objek Asing Ini Buat Netizen Loya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/picture-9-6.webp)





























