Kalau sebelum ini rakyat Malaysia meraikan kejayaan Amir Daniel Abdul Majeed menghadiahkan pingat emas pertama negara dalam acara judo di Sukan Komanwel Glasgow 2026, kali ini netizen pula mendedahkan satu lagi fakta yang buat ramai lagi respect dengan atlet muda ini.
Rata-rata memuji Amir Daniel bukan sahaja hebat di gelanggang, malah cemerlang dalam pelajaran. Memang pakej lengkap!
Seorang netizen menulis, “
Pertama kali dalam sejarah sukan negara Malaysia di Sukan Komanwel. Malaysia perolehi emas yang ke-8 menerusi sukan judo. Terima kasih adik Amir Daniel bin Abdul Majeed. Baru 21 tahun dah harumkan nama Malaysia.”
Amir Daniel Power Dalam Sukan, Power Juga Dalam Pelajaran
Lebih menarik, ada juga yang berkongsi bahawa Amir Daniel memperoleh 8A dalam SPM sebelum melanjutkan pengajian dalam jurusan Biologi di Universiti Sains Malaysia (USM).
Seorang lagi netizen berkata, “Bukan setakat menang emas dalam Komanwel tapi dia juga SPM Straight As (8A) dan sambung belajar di USM jurusan Biologi. Power dalam both pelajaran dan sukan.”
MURAI rasa kisah Amir Daniel ini memang wajar dijadikan inspirasi. Selalu ada tanggapan bahawa atlet hanya fokus kepada sukan, tetapi beliau membuktikan kecemerlangan akademik dan sukan sebenarnya boleh bergerak seiring jika ada disiplin dan komitmen.
Paling best, pada usia baru 21 tahun, Amir Daniel sudah mencipta sejarah apabila menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam acara judo di Sukan Komanwel. Memang satu pencapaian yang bukan sahaja membanggakan keluarga, malah seluruh rakyat Malaysia.
Tahniah sekali lagi buat Amir Daniel! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat lebih ramai anak muda untuk terus mengejar impian, sama ada di bilik darjah mahupun di pentas dunia.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
2
Star
Star
5
Sad
Sad
Weary
Weary

14 hours ago
7





















![[VIDEO] Botol Kicap Jatuh Pecah, Tapi Penemuan 2 Objek Asing Ini Buat Netizen Loya](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/07/picture-9-6.webp)





























