Zizan Razak Curi Tumpuan Di Pelancaran G-SHOCK Bold Camo Series, Dedah Kisah Sebelum Bergelar Artis

15 hours ago 7

Anda jenis penggemar jam tangan yang bukan sekadar tahan lasak? Selain boleh dijadikan pelengkap gaya harian, koleksi terbaharu G-SHOCK Bold Camo Series ini mungkin boleh masuk dalam senarai wishlist.

Menerusi siri terbaharu ini, G-SHOCK menggabungkan kemasan camouflage matte dengan sentuhan emas berkilauan, sekali gus menghasilkan rekaan yang nampak lebih premium tetapi masih mengekalkan identiti lasaknya. Bagi MURAI, kombinasi ini memang clean dan sesuai digayakan sama ada untuk aktiviti harian mahupun gaya streetwear.

Enam Model, Satu Identiti Berani

Zizan Razak Curi Tumpuan Di Pelancaran G-SHOCK Bold Camo Series

Koleksi Bold Camo Series menampilkan enam model iaitu GM-6900CMG-3, DW-6900CMG-3, GA-700CMG-3A, GA-V01CMG-3A, DW-6900CF-1 dan GA-700CF-1A.

Menariknya, setiap model hadir dengan corak penyamaran khas yang dibangunkan sendiri oleh G-SHOCK, lengkap dengan logo ikonik “G-Mark” yang diselitkan dalam corak tersebut. Ia bukan sekadar tampil dengan wajah baharu, malah membuktikan komitmen G-SHOCK dalam menggabungkan ketahanan, budaya streetwear dan elemen fesyen moden. Pemakai bukan sahaja mendapat jam tangan tahan lasak, tetapi juga aksesori yang menyerlahkan personaliti.

Pop-Up Istimewa Bersama Zizan Razak

Zizan Razak Curi Tumpuan Di Pelancaran G-SHOCK Bold Camo Series

Turut memeriahkan pelancaran ialah Duta G-SHOCK Malaysia, Zizan Razak, yang berkongsi kisah perjalanan beliau bersama jenama itu.

Menurut Zizan, minatnya terhadap G-SHOCK sudah bermula sebelum bergelar artis.

“Sebelum saya menjadi artis, saya memang terpikat dengan jam tangan G-SHOCK, tapi masa itu belum mampu. Selepas bergelar artis, saya dapat membeli dan memakainya dalam kehidupan seharian. Saya memang suka pakai G-SHOCK, namun tak sangka kini menjadi duta.”

Bagi MURAI, inilah antara momen yang paling wholesome. Bila sesuatu jenama yang kita minat sejak dulu akhirnya menjadi sebahagian daripada perjalanan kerjaya, memang satu pencapaian yang cukup bermakna.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

2

Star

Star

3

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |