Nadiyah Shahab Perjelas Dakwaan Pegang Haiwan Berupa Serigala- “I Dah Sertu”

6 hours ago 4

Baru-baru ini pelakon Nadiyah Shahab menjadi perhatian ramai selepas berkongsi gambar bersama beberapa ekor haiwan yang didakwa serigala.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, Nadiyah dilihat berinteraksi dan memegang haiwan tersebut di sebuah pantai, dipercayai terletak di Bali, Indonesia.

Walau bagaimanapun, perkongsiannya itu telah menuai pelbagai reaksi daripada warganet, di mana segelintirnya mempersoalkan hukum menyentuh haiwan tersebut dalam agama Islam.

Namun persoalan itu telah mendapat perhatian Nadiyah dan beberapa warganet lain.

“Menurut Mazhab Syafi’i, hukum memegang atau menyentuh serigala yang masih hidup adalah suci dan harus (tidak mengapa) kerana ia tidak dihukumkan sebagai najis berat atau keturunan anjing.”

Nadiyah Shahab Ambil Langkah Berjaga-Jaga

Tidak mendiamkan diri, pelakon itu menjelaskan bahawa dia telah mengambil langkah sewajarnya selepas menyentuh haiwan tersebut.

Nadiyah ShahabFoto – @nadiyah.shahab (IG)

“Saya sudah semak juga. Tapi untuk berjaga-jaga, saya dah sertu jugak.”

Untuk makluman, kebanyakan warganet mendakwa haiwan tersebut bukanlah serigala, tetapi anjing baka siberian husky yang seakan mirip serigala.

Thumbs

Thumbs

2

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

5

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Info Parlemen | | | |