Pernah tak anda bayangkan kereta yang sudah diparkir kemas dalam garaj, tetapi tiba-tiba pintu belakangnya terbuka sendiri? Itulah situasi yang didakwa dialami oleh beberapa pemilik Mercedes-Benz, sekali gus menimbulkan persoalan tentang sistem hands-free access sensor pada kenderaan tersebut.
Menurut aduan yang dikongsikan di threads, beberapa pemilik Mercedes-Benz mendakwa liftgate atau pintu bonet belakang kereta mereka terbuka sendiri ketika kenderaan sedang diparkir di dalam garaj. Kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kemungkinan kerosakan atau gangguan pada sensor akses tanpa tangan.
Dakwaan tersebut turut menyebut bahawa Mercedes-Benz menafikan sebarang tanggungjawab terhadap insiden berkenaan.
Macam Mana Bonet Boleh Terbuka Sendiri?
Ramai juga yang tertanya-tanya, bagaimana situasi sebegini boleh berlaku sedangkan kereta langsung tidak bergerak?
Sistem hands-free access pada sesetengah model membolehkan pengguna membuka pintu belakang tanpa perlu menekan butang, biasanya melalui gerakan kaki atau pengesanan tertentu oleh sensor. Jadi, sekiranya sensor mengalami gangguan atau tersalah mengesan input, persoalan tentang kemungkinan liftgate terbuka sendiri mula timbul.
Namun, jangan terus buat kesimpulan.
Dalam ruangan komen, seorang individu yang mendakwa pernah bekerja di pusat pengedar Mercedes-Benz tampil memberikan pandangan berbeza.
Menurutnya, beliau pernah mengendalikan dua tuntutan kerosakan yang hampir sama. Dalam kedua-dua kes tersebut, pemilik sebenarnya terlupa menutup tailgate sebelum memandu keluar.
Sensor Rosak Atau Terlupa Tutup?
Jadi, siapa yang betul? Adakah benar sensor boleh menyebabkan liftgate terbuka sendiri atau sebenarnya berpunca daripada kecuaian pengguna?
Buat masa ini, perkara tersebut masih menjadi persoalan berdasarkan dakwaan dan komen yang dikongsikan. Apa yang pasti, isu ini mengingatkan pemilik kenderaan supaya sentiasa memastikan pintu belakang benar-benar tertutup dan memeriksa fungsi sensor sekiranya berlaku sesuatu yang pelik.
Sebab kalau bonet terbuka sendiri ketika kereta dalam garaj, memang boleh buat kita terkebil-kebil sekejap!
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

2 hours ago
3










![[FOTO] Peminat Puji Gaya Rambut Terbaru Erling Haaland- “Nampak Muda & Lebih Kacak!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/08/picture-6-7.webp)


































![[VIDEO] Penampilan Sharifah Sakinah Di Premier ‘Tarung: Unforgiven’ Dikecam- “Acah Pelakon Hollywood”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-12.webp)


![[VIDEO] Ain Edruce Realisasi Impian Soraya Naik Disney Cruise Sempena Hari Lahir, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-3-4.webp)


